CMIEA jadi penanda aras kecemerlangan industri

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

BANDA HILIR 29 Februari – Anugerah Kecemerlangan Industri Ketua Menteri Melaka (CMIEA) yang dilancarkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada Majlis Melaka Industrial Night, malam tadi bakal menjadi pemangkin kepada kecemerlangan sektor industri di negeri ini.

Menurut Ketua Menteri, CMIEA yang telah diperkenalkan sejak tahun 2003 akan dinilai berdasarkan kriteria Rangka Kerja Kecemerlangan Perniagaan (BEF) dan dianugerahkan kepada organisasi di atas kejayaan mereka dalam memacu perniagaan di negeri ini.

Beliau berkata, anugerah CMIEA itu menyerupai Anugerah Kecemerlangan Industri (AKI) yang dianjurkan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

“Memenangi anugerah berprestij (CMIEA) ini merupakan satu pencapaian seterusnya membawa kecemerlangan dalam industri.

“Saya amat yakin, anugerah ini sebagai ‘penanda aras’ kepada syarikat pembuatan dalam menghadapi cabaran dunia global yang semakin mencabar,” katanya ketika berucap pada Majlis Melaka Industrial Night di sebuah hotel, di sini, malam tadi.

Sementara itu, Invest Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan anugerah CMIEA akan disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut kenyataan itu, sebanyak empat lagi kategori anugerah akan dibuka penyertaan kepada pemain industri di negeri ini.

“Antara anugerah lain yang akan disampaikan termasuk Anugerah Kecemerlangan Sektor Pembuatan; Anugerah Kecemerlangan Sektor Perkhidmatan; Anugerah Kecemerlangan Industry4WRD dan Anugerah Kecemerlangan ESG,” kata kenyataan itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

542
Kongsi :
Previous post Melaka sasar nilai pelaburan RM10 bilion, fokus 10 sektor industri
Next post Masih ramai gemar bahan bacaan fizikal
Ubah saiz-+=