COVID-19: 23 kluster masih aktif di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

AYER KEROH 20 Feb. – Kluster Pantai Peringgit menjadi kluster terbaharu ditamatkan di Melaka selepas merekodkan keseluruhan 56 kes positif COVID-19 sejak 17 Januari lalu.

Penamatan kluster tersebut sekali gus menyaksikan hanya terdapat 23 kluster yang masih aktif di negeri ini.

Mengikut data yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, antara kluster yang masih aktif dan belum ditamatkan ialah Kluster Telok Mas, Kluster Anak Air, Kluster Teknologi Kesidang, Kluster Dialisis Malim, Kluster Tembok Kemus, Kluster Jalan Usaha dan Kluster Bukit Sebukor.

Selain itu, ia turut membabitkan Kluster Serkam Tengah, Kluster Tapak Bali Residence, Kluster Bukit Palah, Kluster Jalan Kejora, Kluster Jalan Masjid Tanah, Kluster Dialisis Masjid Tanah, Kluster Jalan Bukit Baru dan Kluster Industri Serkam.

Manakala kluster jangkitan luar Melaka yang masih aktif ialah Kluster Jalan Harapan, Kluster Industri TTJ Negeri Sembilan, Kluster Jalan Ithnin Johor, Kluster Jalan Gombak dan Kluster Perindustrian Cyber Senai.

Bagaimanapun, masih terdapat tiga lagi Kluster aktif di Melaka yang masih merekodkan kes positif COVID-19 sehingga hari ini.

Kluster-kluster itu ialah Kluster Tembok Sungai Udang yang mencatat enam kes, serta Kluster Teknologi Berendamdan Kluster Teknologi Lot Enam yang masing-masing merekodkan empat dan tiga kes.

Situasi COVID-19 di Melaka terus terkawal apabila kekal merekodkan angka dua digit dalam tempoh sembilan hari berturut-turut meskipun terdapat pertambahan 32 kes lagi pada hari ini.

Sehingga kini masih terdapat sebanyak 730 kes masih dirawat dengan 12 daripadanya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan lima memerlukan alat bantuan pernafasan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

262
Kongsi :
Previous post 42,120 tentera terima vaksin COVID-19 fasa pertama
Next post SPM 2020: Hampir 50,000 guru terlibat di belakang tabir
Ubah saiz-+=