SPM 2020: Hampir 50,000 guru terlibat di belakang tabir

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

KUALA LUMPUR 20 Feb. – Seramai hampir 50,000 guru akan terlibat dalam pelbagai peringkat bagi peperiksaan Sijil pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang akan bermula Isnin ini.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin, penglibatan itu bukan sahaja sebagai pengajar di sekolah bahkan turut merangkumi tugas sebagai pengawas peperiksaan dan pemeriksa kertas jawapan SPM daripada lebih 3,000 pusat peperiksaan seluruh negara.

Pembabitan jumlah yang besar itu ujarnya, adalah bertujuan untuk memastikan keputusan peperiksaan SPM 2020 diterima lebih awal bagi memudahkan urusan pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

“Sebab itulah tahun ini cukup berbeza memandangkan kita telah lewatkan peperiksaan itu, maka pemeriksa kertas SPM juga perlu ditambah. Ini bertujuan untuk kita pendekkan tempoh pemeriksaan kertas SPM.

“Jadi, guru-guru ini bukan sahaja mengajar, tetapi mereka juga akan mengawas peperiksaan dan menjadi pemeriksa kertas soalan. Sebab itulah kita usahakan penglihatan yang ramai dalam kalangan guru dan Alhamdulillah kesemua mereka cukup komited untuk melaksanakan tugas,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Buletin Didik Edisi Khas SPM, yang disiarkan secara langsung menerusi DidikTV KPM sebentar tadi.

Dalam pada itu, Radzi memaklumkan buat pertama kali dalam sejarah, pemeriksaan kertas SPM akan dibuat sepenuhnya secara dalam talian ke atas semua subjek, kecuali kertas Seni Visual.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

598
Kongsi :
Previous post COVID-19: 23 kluster masih aktif di Melaka
Next post Calon SPM 2020 cukup istimewa – Radzi
Ubah saiz-+=