COVID-19: 4 kilang di Melaka ditutup

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

AYER MOLEK 24 Mei – Sebanyak empat kilang di negeri ini diarah tutup selepas berlakunya penularan pandemik COVID-19 membabitkan pekerja  mereka sejak 20 Mei lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, ia membabitkan dua kilang di Alor Gajah dan dua di Melaka Tengah.

Katanya, ia membabitkan kilang memproses ayam, kilang sarung tangan, kilang elektronik dan kilang makanan.

“Di Melaka Tengah, antara yang ditutup ialah satu blok kilang elektronik di Batu Berendam iaitu bermula 21 hingga 27 Mei, manakala kilang makanan di kawasan industri Ayer Keroh pula ditutup bermula 23 hingga 29 Mei.

“Di Alor Gajah pula, seperti yang dilaporkan media, kita telah menutup kilang memproses ayam bermula 21 Mei hingga 3 Jun dan kilang sarung tangan bermula 20 Mei hingga 2 Jun disebabkan berlakunya jangkitan COVID-19.

“Boleh dikatakan hampir semua kontak disaring yang mana sebahagiannya telah disahkan positif dan ada yang masih menunggu keputusan seperti contoh kilang memproses ayam yang membabitkan 600 pekerjanya,” katanya dalam sidang media di Japerun Ayer Molek, hari ini.

Rahmad berkata, sehingga hari ini 30 kluster masih aktif di negeri ini dan jumlah itu dijangka meningkat dalam tempoh beberapa hari.

Jelasnya, kebanyakan pesakit positif baharu di negeri ini akan ditempatkan di Pusat Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) yang mula dibuka sejak Jumaat lalu.

Beliau berkata, setakat semalam seramai 116 pesakit telah ditempatkan di PKRC MITC.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1115
Kongsi :
Previous post Pendakwaan akan buktikan Ahmad Zahid terima suapan jutaan ringgit berhubung VLN
Next post Kerani akaun kerugian RM101,000 angkara penipuan Macau
Ubah saiz-+=