COVID-19 : 517 individu ditahan langgar SOP

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

PUTRAJAYA 8 Mac – Seramai 517 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 513 dikompaun dikeluarkan manakala empat lagi direman.

Beliau berkata, antara kesalahan direkodkan ialah tiada penjarakan fizikal (202), gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (95), tidak memakai pelitup muka (66).

“Selain aktiviti Pusat Hiburan (64), rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (64), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (18), keluar rumah tanpa alasan munasabah (1) dan lain-lain (7.

“Manakala, Task Force Operasi Pematuhan diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam telah membuat 63,955 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP PKP,” katanya dalam satu kenyataan berhubung PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) hari ini.

Jelasnya, seramai 3,155 Pasukan Pematuhan melibatkan 14,038 anggota telah membuat pemantauan di 5,698 buah restoran, pasar raya (4,539), bank (2,482) dan penjaja (3,992).

“Pemantauan turut diadakan di pasar awam/tani (136), kilang (2,306) dan pejabat kerajaan (896), tempat ibadah (366), tempat riadah (17,756), terminal pengangkutan darat (3,301), terminal pengangkutan air (1,699) dan terminal pengangkutan udara (574),” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1001
Kongsi :
Previous post Malaysia pertimbang pemerolehan vaksin COVID-19 CanSino satu dos
Next post Permohonan IPTA, ILKA bagi sesi akademik 2021/2020 dikecualikan bayaran UPUOnline
Ubah saiz-+=