
COVID-19: 73 positif, 451 disaring di Sekolah Seri Puteri
CYBERJAYA 2 Dis – Seramai 73 disahkan positif COVID-19 membabitkan jangkitan di sekolah berasrama penuh (SBP) Sekolah Seri Puteri (SSP), di sini, setakat ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Katanya daripada jumlah itu, ia membabitkan 71 pelajar dan dua orang guru.
Menurutnya setakat ini, seramai 451 telah disaring iaitu melibatkan 437 pelajar, 13 guru dan seorang petugas.
“Semua guru dan hampir kesemua pelajar, kecuali empat orang telah lengkap vaksinasi.
“65 pelajar yang disahkan positif COVID-19 telah dipindahkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Bersepadu (PKRC) 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS).
“Kesemua mereka stabil dan berada dalam kategori 1 dan 2A (bergejala ringan),” katanya menerusi satu ciapan di Twitter.
Menurut Khairy, seramai 242 kontak rapat membabitkan sekolah itu telah dikuarantin yang mana pelajarnya dikuarantin di asrama SSP.
“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus memantau kesihatan pesakit dan memberi rawatan yang terbaik,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
FESTIVAL MASAKAN WARISAN MELAKA DAN MELAKA HERITAGE FESTIVAL 2026 SASAR 10,000 PENGUNJUNG
BANDA HILIR 4 Julai - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menyasarkan kira-kira 10,000 pengunjung sepanjang penganjuran Festival Masakan Warisan Melaka dan...
220 ACARA MENARIK SEPANJANG TAHUN GAMIT PELANCONG KE MELAKA
BANDA HILIR 4 Julai - Festival Masakan Warisan Melaka dan Melaka Heritage Festival 2026 dilihat mampu memperkukuh kedudukan negeri ini...
KERAJAAN NEGERI TERUS PERKASA WARISAN KULINARI MELAKA
BANDA HILIR 4 Julai - Festival Masakan Warisan Melaka dan Melaka Heritage Festival 2026 yang dianjurkan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)...
MPAG DIDIK MASYARAKAT JAGA KEBERSIHAN, HINDAR GANGGUAN LALAT
MACHAP JAYA 4 Julai - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) melancarkan Kempen Kawalan Infestasi Lalat Tahun 2026 bertujuan untuk meningkatkan...
WRUR SERKAM: ISU GERAN TANAH 50 PENDUDUK TAMAN PONDOK INDAH HAMPIR SELESAI
SERKAM 4 Julai - Isu geran tanah membabitkan kira-kira 50 penduduk Taman Pondok Indah kini berada pada peringkat akhir penyelesaian...
KURSUS PRA PERKAHWINAN PERCUMA BERI MANFAAT HAMPIR 3,000 ANAK MELAKA
PENGKALAN BATU 4 Julai - Kursus Pra Perkahwinan Islam Negeri Melaka yang diperkenalkan Kerajaan Negeri dan diselia MAIM Holdings Berhad...

