COVID-19 bukan halangan Puspanita Melaka kekal aktif

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

BUKIT BARU 15 April.- Selari dengan slogan Wanita Sepakat Negara Meningkat, Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Melaka menyahut seruan menjadi wanita holistik yang mampu mengharungi cabaran di masa akan datang.

Pengerusi Puspanita Cawangan Melaka Datin Seri Zarina Mohd Yusoff berkata, justeru itu Puspanita Melaka bergerak aktif melaksanakan program dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Katanya, antara program dilaksanakan seperti penyampaian sumbangan kepada penduduk yang terjejas akibat COVID-19, program E-Tadarus semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Ramadan.

ZARINA…Puspanita Melaka aktif melaksanakan pelbagai program dengan mematuhi SOP.

“Kita juga menyalurkan sumbangan PPE (peralatan perlindungan diri) kepada golongan ‘barisan hadapan’ melalui Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah serta menyampaikan sumbangan hari raya kepada anak-anak yatim dan kurang kemampuan serta banyak lagi,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Negeri Melaka Kali Ke-39 di Auditorium Masjid Al-Azim, baru-baru ini.

Sementara itu, isteri Ketua Menteri merangkap Penaung Puspanita Melaka, Datin Seri Utama Munira M.Yusop berkata, penganjuran program itu berupaya menyumbang kepada pencapaian objektif penubuhan Puspanita.

MUNIRA…aktiviti dianjurkan Puspanita Melaka menyumbang kepada pencapaian objektif penubuhannya.

“Ia termasuk memperkukuh tadbir urus, mengupayakan ahli, meningkatkan kecekapan sistem penyampaian serta memperluas rangkaian strategik mengurus dan mengendalikan Puspanita.

“Ini kerana ahli Puspanita terdiri daripada penjawat awam wanita dan juga isteri kepada penjawat awam,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1014
Kongsi :
Previous post Melaka sasar kutipan zakat harta dan fitrah RM105 juta tahun ini
Next post ‘Saya tidak sedar bila tangan saya melecur’
Ubah saiz-+=