
COVID-19: Kes sporadik di Tanjung Minyak
AYER KEROH 2 Nov. – Satu kes positif COVID-19 yang direkodkan di mukim Tanjung Minyak, semalam dikategorikan sebagai kes sporadik.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, hal itu kerana kes tersebut tidak bersangkut-paut dengan mana-mana kluster atau kontak rapat sebelum ini yang mana punca jangkitan masih disiasat.
Menurutnya, kes tersebut dikesan melalui saringan di sebuah hospital swasta.
“Kes tersebut melibatkan pekerja industri sewaktu menjalani saringan kemasukan ke hospital swasta untuk menjalani pembedahan.
“Ia tidak melibatkan mana-mana kluster dan dikategorikan sebagai kes sporadik,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.
Semalam, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka mengumumkan satu kes positif baharu dalam Daerah Melaka Tengah membabitkan mukim Tanjung Minyak.
Kes tersebut dikategorikan sebagai kes tempatan yang mula dikesan menerusi saringan kesihatan bergejala.
Untuk rekod, kes tersebut merupakan kes kedua yang dikategorikan sebagai kes sporadik dalam tempoh sebulan di negeri ini selepas kes yang berlaku di Tanjung Kling, 8 Oktober lalu.
Views:
Related


Berita Lain
AHMAD IRFAN GENGGAM ANUGERAH KETUA PENGARAH
SELANDAR 9 September - Pengalaman memimpin rakan pelajar ketika menggalas tanggungjawab sebagai Yang Dipertua (YDP) Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Kolej...
‘LEGA SUAMI KEMBALI MAMPU URUS DIRI’
AYER LIMAU 9 September - Perkembangan suaminya Sulaiman Muhammad Kassim, 60, kini mampu menguruskan diri sendiri selepas dua kali mengalami...
SISA DAPUR JADI BAJA, BERPOTENSI JANA EKONOMI KELUARGA
AYER LIMAU 10 September - Pertanian organik dilihat bukan sekadar aktiviti mengisi masa lapang, malah mampu menjadi alternatif kepada masyarakat...
WRUR AYER LIMAU: RESAH SETIAP KALI RIBUT PETIR BERAKHIR, PENDAWAIAN ELEKTRIK UZUR DIGANTI BAHARU
AYER LIMAU 9 September - Risau berlaku litar pintas akibat pendawaian elektrik rumah yang sudah uzur, Muhammad Adlan Hanif Mohd...
ZAKAT PERNIAGAAN RM150,000, TANDA PRIHATIN KEPADA ASNAF MELAKA
KOTA LAKSAMANA 9 September - Komitmen sektor korporat menunaikan zakat terus memberi sinar kepada golongan memerlukan apabila RM150,000 zakat perniagaan...
ZIARAH KASIH DUN AYER LIMAU TAK KIRA MUSIM
AYER LIMAU 9 September - Program ziarah kasih yang dilaksanakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau, bukan sekadar dilaksanakan...
