COVID-19 : Melaka catat lagi 10 kes kematian

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

AYER KEROH 12 Ogos – Melaka masih merekodkan kadar kematian kes COVID-19 yang tinggi iaitu sebanyak 10 kes membabitkan mangsa berumur lingkungan 84 hingga 37 tahun, hari ini.

Menurut Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) 10 kematian direkodkan itu membabitkan lima wanita dan lima lelaki yang dijangkiti daripada kontak keluarga, sporadik dan kontak kerja.

“Mangsa mempunyai sejarah penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis, obesiti, parkinson, asma, masalah prostat dan penyakit demensia.

“Daripada jumlah itu lapan mangsa disahkan meninggal dunia di hospital, manakala dua lagi meninggal sebelum tiba di hospital.

“Jumlah itu sekali gus menjadikan 507 kematian iaitu bersamaan 1.30 peratus yang direkodkan di negeri ini setakat ini,” kata kenyataan itu.

Bagi perincian kes, sebanyak 494 kes direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 37,652 kes.

“Daripada jumlah itu sebanyak 490 adalah kes tempatan dan empat kes import b.

“Bagi pecahan mengikut daerah, sebanyak 234 kes di daerah Melaka Tengah, 109 kes daerah Jasin dan Alor Gajah 151 kes.

“Kes positif membabitkan 432 warganegara dan 62 kes bukan warganegara,” katanya.

Menurut JKN, sebanyak 6,094 kes masih aktif masih dirawat termasuk 100 pesakit di unit rawatan rapi (ICU) dengan 35 menggunakan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

433
Kongsi :
Previous post Kluster kilang minimum jika pematuhan SOP diperketat
Next post Batuk biasa akhirnya ragut nyawa suami
Ubah saiz-+=