
COVID-19: Perak nombor 1, Melaka ke-5 kadar kebolehjangkitan
KUALA LUMPUR 14 Mei – Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 mengikut kes harian untuk seluruh negara semalam berada di tahap 1.14, dengan Perak mencatat Rt tertinggi pada 1.32.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi infografik yang dikongsikan di akaun Twitter beliau memaklumkan, Terengganu merekodkan nilai Rt kedua tertinggi iaitu pada 1.29.
Turut dinyatakan ialah Kedah (1.22); Pulau Pinang (1.21); Melaka (1.18); Selangor dan Johor (masing-masing 1.17); Negeri Sembilan (1.12); Pahang (1.11) serta Kuala Lumpur (1.10).
Bagi negeri dan wilayah yang mencatat bacaan di bawah satu pula ialah Putrajaya (0.99); Sarawak (0.98); Kelantan (0.94) dan Sabah (0.89).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAJIKAN DI MELAKA BOLEH JIMAT FCLB 80 PERATUS SABTU INI
AYER KEROH 15 Oktober - Majikan di Melaka, Negeri Sembilan dan Johor berpeluang menikmati diskaun sehingga 80 peratus bagi Faedah...
PROJEK CENDAWAN KEM TERENDAK TERIMA PERUNTUKAN RM30,000
SUNGAI UDANG 15 Oktober – Projek Urban Farming Cendawan yang sedang dilaksanakan di Kem Terendak menerima kelulusan peruntukan sebanyak RM30,000...
KEUNTUNGAN PERNAMA DIKEMBALIKAN KEPADA WARGA ATM
SUNGAI UDANG 15 Oktober – Kementerian Pertahanan akan mengehadkan keuntungan Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) bagi memastikan manfaatnya dikembalikan kepada...
PERUNTUKAN PROGRAM EKONOMI MADANI ATM DITINGKATKAN KEPADA RM1.5 JUTA
SUNGAI UDANG 15 Oktober – Kementerian Pertahanan (MINDEF) meningkatkan peruntukan Program Ekonomi MADANI Angkatan Tentera Malaysia (ATM) daripada RM1 juta...
RM35,000 NAIK TARAF PRASARANA SRA JAIM KEM TERENDAK
SUNGAI UDANG 15 Oktober - Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM Kem Terendak terpilih sebagai Sekolah Angkat MADANI Lembaga Tabung Angkatan...
PRN MELAKA: RAIS MAHU PARTI POLITIK BERKEMPEN SECARA SIHAT
SUNGAI UDANG 15 Oktober – Barisan Nasional (BN) mahu memastikan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berlangsung secara sihat tanpa...
