PKPD Kampung Lubuk Redan, Melaka bermula Ahad ini

Masa Membaca:59 Saat

ALOR GAJAH 14 Mei – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula Ahad ini sehingga 29 Mei dilaksanakan di Kampung Lubuk Redan di sini bagi mengawal penularan jangkitan COVID-19.

Ini sekaligus menjadikan ia PKPD kawasan komuniti yang kedua di negeri ini sejak tujuh hari lalu selepas PKPD komuniti pertama dilaksanakan di Kampung Permatang Tulang, Sebatu, Jasin, juga selama 14 hari bermula 7 hingga 20 Mei ini.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan PKPD di Lubuk Redan diambil setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat peningkatan ketara kes dalam tempoh dua minggu apabila 56 kes positif telah direkodkan di lokaliti ini.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Kampung Lubuk Redan, Alor Gajah  berkuat kuasa 16 Mei sehingga 29 Mei 2021,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Pelaksanaan PKPD ini katanya, untuk memudahkan KKM membuat pengesanan awal kes serta menyekat penularan jangkitan kes COVID 19 dari kawasan berisiko ke kawasan lain di luar lokaliti tersebut.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1611
Kongsi :
Previous post COVID-19: Perak nombor 1, Melaka ke-5 kadar kebolehjangkitan
Next post SOP Ziarah Aidilfitri memuaskan – Bukit Aman
Ubah saiz-+=