
COVID-19: Tiga kes baharu positif babit pekerja kilang
AYER KEROH 21 Okt. – Tiga kes baharu yang direkodkan di negeri ini hari ini membabitkan pekerja kilang di sini, hari ini.
Pengerusi Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, ketiga-tiga individu itu didapati positif COVID-19 selepas menjalani saringan kesihatan di tempat kerja dan dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan.
Jelasnya, tiga individu terbabit berusia itu antara 24 hingga 27 tahun dan merupakan rakan sekerja di sebuah kilang di daerah Melaka Tengah.
“Dua daripada kes berkenaan adalah warga tempatan manakala satu lagi warga asing,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Tiga kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes aktif yang dirawat di Hospital Melaka seramai 33 orang.
Views:
Related

Berita Lain
MUALAF MAIM TEMUI MAKNA SEBENAR IBADAH KORBAN
KESIDANG 1 Jun - Semangat kebersamaan dan gotong-royong dalam ibadah korban menjadi pengalaman cukup bermakna buat mualaf Majlis Agama Islam...
WRUR BANDA HILIR: BAUCAR BELI BELAH RINGANKAN BEBAN B40
BANDA HILIR 1 Jun - Seramai 100 penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Banda Hilir dalam kalangan B40 menerima baucar bernilai...
POLIS NAFI IRING KENDERAAN DIPERCAYAI DINAIKI WARGA ASING
MELAKA, 1 Jun - Polis menafikan agensi keselamatan itu mengiringi beberapa kenderaan dipercayai dinaiki warga asing, di Tanjung Minyak di...
(TERKINI) DUN JOHOR DIBUBAR HARI INI
JOHOR BAHRU, 1 Jun - Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibubarkan berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada pelaksanaan...
SENARAI RASMI PENERIMA PINGAT SEMPENA HARI KEPUTERAAN RASMI AGONG TAHUN 2026
KUALA LUMPUR, 1 Jun - Berikut senarai rasmi penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2026 bersempena dengan Ulang Tahun...
INDIVIDU TIDAK MAHU IKUT PRINSIP RUKUN NEGARA TIDAK LAYAK DIGELAR WARGANEGARA – AGONG
KUALA LUMPUR, 1 Jun - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini bertitah bahawa mana-mana individu yang tidak mahu mengikut...

