COVID: 2,478 kes baharu pada Isnin – KP Kesihatan

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

KUALA LUMPUR, 26 April – Selepas lebih tiga bulan, jangkitan harian COVID-19 dalam negara dicatatkan pada Isnin turun ke paras sekitar 2,000 dengan 2,478 kes baharu dilaporkan, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Kali terakhir kes harian COVID-19 merekodkan angka pada paras sekitar 2,000 adalah pada 17 Jan lepas iaitu 2,342.

Daripada jumlah itu, 98.71 peratus atau 2,446 kes adalah kategori satu dan dua manakala 32 kes atau 1.29 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima.

“Daripada keseluruhan 32 kes kategori tiga, empat dan lima, 16 kes tidak divaksin atau belum lengkap vaksinasi, 10 kes telah menerima dua dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak manakala enam kes telah menerima dos penggalak.

“Daripada jumlah itu (kategori tiga, empat dan lima), 18 kes berumur 60 tahun dan ke atas manakala 19 kes mempunyai komorbid,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, beliau memaklumkan sebanyak 143 kes dimasukkan ke hospital dengan 76 kes adalah kategori satu dan dua manakala 67 kes adalah kategori tiga, empat dan lima.

Dr Noor Hisham berkata pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes COVID-19 dalam negara kini adalah 4,433,551 manakala jumlah kes sembuh pula adalah 9,215 menjadikan kumulatif kes sembuh kini sebanyak 4,330,037.

Beliau berkata Malaysia mencatatkan kadar kebolehjangkitan COVID-19 (nilai Rt) 0.73 semalam dengan Putrajaya merekodkan kadar tertinggi iaitu 1.07.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

507
Kongsi :
Previous post #Quranhour: PM seru masjid, surau dan individu ‘interaksi’ dengan Al-Quran
Next post MISDEC edar 1,100 bubur lambuk kepada petugas barisan hadapan
Ubah saiz-+=