(KEMASKINI) 9,020 kes baharu harian, 98 kematian: COVID-19 makin membimbangkan

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

KUALA LUMPUR 29 Mei – Situasi COVID-19 di negara ini semakin membimbangkan apabila mencatatkan 9,020 kes baharu dengan 98 kematian hari ini, angka tertinggi sejak pandemik itu dikesan pada Januari tahun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan terkini itu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan sebanyak 558,534 kes manakala jumlah kumulatif kematian ialah 2,650 orang.

“Kes aktif kebolehjangkitan kini ialah 76,218 kes manakala kes sembuh pula mencatat 5,527.

“844 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 430 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” menurutnya dalam kenyataan perkembangan situasi COVID-19 hari ini.

KETUA Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Foto Fail

Johor dan Kedah masing-masing merekodkan 468 kes diikuti Pulau Pinang (345), Melaka (340), Perak (272), Sabah (265), Labuan (253), Pahang (216), Terengganu (189), Putrajaya (29) dan 19 kes di Perlis.

Dr Noor Hisham berkata kematian hari ini pula melibatkan 27 kes di Selangor, masing-masing 14 kes di Johor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, masing-masing lapan kes di Kedah dan Negeri Sembilan serta masing-masing lima kes di Pulau Pinang dan Sarawak.

Sabah dan Terengganu juga masing-masing merekodkan empat kematian hari ini, tiga kes di Pahang, masing-masing dua kes di Kelantan dan Melaka serta masing-masing satu kes di Perak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

300
Kongsi :
Previous post Insiden LRT: Penumpang diminta tampil untuk selaras bantuan- Prasarana
Next post Sekatan pergerakan penuh: Bantuan Musa’adah COVID-19 diteruskan- Ahmad Marzuk
Ubah saiz-+=