COVID: Dua kluster industri direkodkan hari ini

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER KEROH 18 Jun – Terdapat dua kluster baharu telah dikenalpasti akibat penularan dalam industri membabitkan dua daerah direkodkan di negeri ini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, Kluster Jalan Mawar dikesan apabila jangkitan menular dalam kalangan pekerja di sebuah kilang ternakan di Machap Umboo, Alor Gajah.

Jelasnya, setakat ini 106 individu kontak rapat sudah dikenal pasti iaitu 99 kontak pekerja kilang dan selebihnya kontak dalam kalangan ahli keluarga.

“Hasil ujian saringan mendapati seramai 46 individu dikesan positif dan 53 lagi negatif.

“Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Alor Gajah kini sedang menyiasat kes penularan yang berlaku dan kilang telah diarahkan tutup,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurut Rahmad, kluster seterusnya adalah Kluster Industri Ayer Keroh  dan setakat ini 25 individu disahkan positif COVID-19 daripada 101 kontak rapat yang menjalani ujian saringan.

Katanya, kluster indeks membabitkan seorang pekerja yang disahkan positif dan bergejala selepas menjalani ujian saringan di sebuah klinik swasta.

“Daripada keseluruhan kontak, 59 individu adalah kontak keluarga, lima individu (kontak rapat sosial) dan 37 (kontak rapat di tempat kerja).

“PKD Melaka Tengah sedang giat menjalankan siasatan dan aktiviti kawalan,” katanya.

Sementara itu, sebanyak 223 kes positif baharu direkodkan hari ini dengan 203 merupakan jangkitan tempatan dan 14 kes import.

Sebanyak 186 kes sembuh direkodkan dengan tiga kematian.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

372
Kongsi :
Previous post Hasrat TMJ perlu diperhalusi sebaiknya-Himidin
Next post Semua yang berdaftar dalam MySejahtera akan terima vaksin- KKM
Ubah saiz-+=