Cungkil bakat generasi muda dalam teknologi robotik

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

BANDARAYA MELAKA 1 September – Pertandingan Robot Tracer Politeknik Melaka (PMK) platform terbaik untuk ‘memindahkan’ ilmu teknologi robotik kepada generasi muda dalam kalangan pelajar sekolah menengah dan rendah.

Pengarah PMK, Sr. Razali Johari berkata, pertandingan itu mendapat penyertaan sebanyak 36 buah sekolah dalam negeri Melaka dan Johor membabitkan tiga kategori iaitu ‘advance’, ‘junior’ dan Robot Tracer Peringkat Sekolah Melaka (ROSEM) Pusat Kegiatan Guru (PKG).

“Pertandingan ini bagi mencungkil bakat peserta dalam bidang robotik disamping melihat hasil robot ‘tracer’ yang direka mereka sendiri setelah mendapat latihan daripada program robotik yang dianjurkan PMK sebelum ini.

“Ini juga persediaan peserta untuk menghadapi pertandingan robotik peringkat kebangsaan hujung tahun ini, pertandingan ini juga selaras dengan keperluan Pembelajaran Abad Ke-21(PAK-21) yang memerlukan pelajar menguasai elemen pemikiran kritis, kreatif dan inovatif.

“Secara tidak langsung ia dapat menarik minat pelajar untuk menceburi bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM),” katanya kepada Melaka Hari Ini.

WhatsApp Image 2023-09-01 at 11.41.05
PARA pemenang bergambar bersama selepas pertandingan tersebut.

Pada pertandingan itu, juara kategori Advance dirangkul Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gajah Berang, manakala johan kategori Junior adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Bunga dan johan kategori ROSEM PKG adalah SK Sebatu.

Pertandingan ini turut mendapat kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Melaka pada 22 Ogos 2023 bertempat di Politeknik Melaka.

Turut hadir Ketua Penolong Pengarah, Unit Pembangunan Bakat Murid Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Dr. Aras Khamis.

Untuk rekod PMK merupakan institusi peneraju Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Melaka yang mempunyai pakar bidang berkaitan robotik dan yang bersedia menyumbang kemahiran, ilmu pengetahuan dan pengalaman kepada para guru serta pelajar.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2106
Kongsi :
Previous post Makan sampai kenyang pada satu harga di Saferah Steamboat & Grill vs Laksa Buyong, Sungai Udang
Next post Dua rakan tipu tawaran anak angkat dipenjara 12 bulan
Ubah saiz-+=