
Cuti KSU, Ketua Pengarah dibatalkan serta-merta – KSN
Beliau berkata ia selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkenaan arahan pembatalan cuti bagi anggota Kabinet dan mengarahkan semua menteri yang sedang bercuti di luar negara, supaya pulang segera.
“Saya turut mengarahkan semua Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Pengarah Jabatan/Agensi bagi perkara yang sama berkuat kuasa serta-merta,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Zuki berkata ini bagi membolehkan semua agensi kerajaan menggembleng tenaga dalam memastikan kesiapsiagaan seluruh jentera kerajaan untuk mengharungi keadaan semasa negara demi rakyat.
Ismail Sabri dalam sidang media selepas melawat mangsa banjir di Bentong, Pahang hari ini berkata menteri Kabinet yang sedang bercuti dan merancang untuk bercuti diarah membatalkan cuti masing-masing, sehingga masalah bencana banjir yang melanda negara ketika ini selesai. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RUMAH PAM BERNILAI RM2.3 JUTA BERI MANFAAT KEPADA 80.9 HEKTAR SAWAH DI KLEBANG
MELAKA, 16 Mac - Projek infrastruktur sokongan pembinaan rumah pam bernilai RM2.3 juta di Kampung Pinang, Batang Tiga, Klebang yang...
MPAG HIDUPKAN RAMADAN, KONGSI KEGEMBIRAAN SEMPENA SYAWAL
TABOH NANING 16 Mac - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mengatur pelbagai aktiviti berunsurkan kebajikan bertujuan menyuntik keceriaan dan berkongsi...
MAIM, PUSPEN TIANG DUA BANGUNKAN PROJEK TERNAKAN ARNAB
AYER MOLEK 16 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bersama Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Tiang Dua menjalin kerjasama...
MASALAH HAID TIDAK TERATUR – NORMAL ATAU TANDA PENYAKIT?
Oleh: Dr. Norhayati Bt. Awan Pakar Sakit Puan & Perbidanan Oriental Melaka Straits Medical Centre SETIAP wanita mempunyai pengalaman haid...
SAYANG RAKYAT, INILAH MELAKA!
SERI NEGERI 16 Mac - Gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) yang diilhamkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh...
3,600 BERAS MELAKA DIPASARKAN UNTUK SUKU PERTAMA 2026
MERLIMAU 16 Mac - Sebanyak 3,600 kampit Beras Melaka disasarkan dapat dipasarkan bagi suku pertama tahun ini bagi menampung permintaan...
