Daki Gunung Melaka, Bukit Batu Lebah perlu guna khidmat MGP
AYER KEROH 10 Ogos – Aktiviti tanah tinggi di dua lokasi popular negeri ini iaitu Gunung Melaka dan Bukit Batu Lebah di Asahan, perlu menggunakan khidmat Malim Gunung Perhutanan (MGP).
Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia Datuk Indera Mohd Ridza Awang berkata, penguatkuasaan berhubung penggunakan khidmat MGP akan dilaksanakan selepas pihaknya mendapat nasihat dan persetujuan daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
Katanya, perkara itu telah dibincangkan pada Persidangan Pengarah-Pengarah Hutan Semenanjung Malaysia ke-40 dua tahun lalu.
“Kedua-dua lokasi berkenaan dikenal pasti berisiko tinggi dan kerap berlaku kemalangan dalam kalangan pendaki.
“Kami minta pengarah perhutanan negeri mendapatkan kebenaran dan persetujuan daripada kerajaan negeri terlebih dulu kerana ianya melibatkan Hutan Simpan Kekal (HSK),” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Kursus Asas MGP peringkat Negeri Melaka, di sini, semalam.
Hadir sama, Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) Khairulnizam Hashim, Pengarah Perhutanan Negeri Melaka Khirun Nizam Abdul Rahim serta Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka Abu Bakar Katain.
Views:
Related
Berita Lain
ALAMAT DIGITAL ‘MASA DEPAN’ UNTUK ORANG KAMPUNG
KUALA LINGGI 18 Januari - Pengenalan alamat digital dan kod QR lokasi rumah menerusi inisiatif Kampung Digital bakal memacu masa...
W.R.U.R: MENARA TELEKOMUNIKASI BAHARU, INTERNET PERCUMA UNTUK RAKYAT KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Menara telekomunikasi baharu akan dibina di Kampung Telok Gong, di sini, bagi menambah baik jaringan...
W.R.U.R: KETUA MENTERI PROMOSI PRODUK MELAKA HARI INI
KUALA LINGGI 18 Januari - Melaka Hari Ini Sdn Bhd antara syarikat, jabatan dan agensi yang terlibat pada Program Wakil...
W.R.U.R BERI KESAN MENDALAM KEPADA RAKYAT
KUALA LINGGI 18 Januari - Edisi sulung Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) telah memberi kesan mendalam kepada penduduk Dewan...
W.R.U.R JELMAKAN LEBIH 40 PENCAPAIAN UNTUK WARGA KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Penganjuran edisi pertama Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala...
MASYARAKAT KUALA LINGGI DAPAT LIMPAHAN W.R.U.R
KUALA LINGGI 18 Januari - Masyarakat majmuk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi mendapat pelbagai limpahan manfaat menerusi...