DAP tidak setuju PRN Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER KEROH 5 Okt. – Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP (CEC) menolak Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Penolong Setiausaha Organisasi Kebangsaan CEC, Khoo Poay Tiong berkata, pelaksanaan PRN akan menjejaskan proses pemulihan negara dalam menangani COVID-19.

Katanya, kesilapan untuk melaksanakan pilihan raya sebagaimana pada PRN Sabah sehingga mengakibatkan kes COVID-19 meningkat secara mendadak tidak harus diulangi.

“Pihak CEC telah mengadakan suatu mesyuarat semalam untuk membincangkan perkembangan politik di Melaka yang turut dihadiri Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari.

“Kita tidak harus mengulangi kesilapan seperti PRN Sabah pada tahun lalu yang menyebabkan peningkatkan kes COVID-19 secara mendadak dan kerajaan hilang kawalan terhadap virus tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Poay Tiong yang juga Ahli Parlimen Kota Melaka berkata, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali juga perlu meletakkan jawatan berikutan hilang majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Justeru, sebuah kerajaan baharu sepatutnya ditubuhkan dengan parti atau gabungan yang mempunyai majoriti wajar diberi peluang.

“Dalam mesyuarat CEC, pihak CEC telah menyatakan pilihan calon Ketua Menteri kepada saudara Adly Zahari,” katanya.

Beliau menegaskan, krisis politik negeri wajar diselesaikan segera supaya mengembalikan fokus kerajaan terhadap kesejahteraan rakyat.

Jelasnya, hal berkaitan politik dalaman tidak seharusnya merencatkan usaha negara mengatasi krisis kesihatan dan krisis ekonomi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

703
Kongsi :
Previous post PH mahu cabar keabsahan kerajaan sementara- Adly
Next post Tindakan empat adun pentingkan diri, bukan berbuat untuk rakyat
Ubah saiz-+=