Datuk tiri lakukan seksual fizikal

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

AYER KEROH 14 Ogos – Lelaki warga emas di dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, hari ini, atas pertuduhan mengajak dan melakukan amang seksual fizikal ke atas cucu tirinya, awal bulan ini.

Tertuduh berusia 69 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus kesemua tiga pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah dihadapan Hakim Norma Ismail.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa telah berkomunikasi secara seksual dengan seorang kanak- kanak melalui aplikasi WhatsApp dengan niat mengajaknya melakukan hubungan seks terhadap mangsa yang berusia 12 tahun tujuh bulan.

Justeru, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 11(1)(a) Akta Kesalahan- kesalahan Seksual Terhadap Kanak- Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun.

Manakala bagi pertuduhan kedua dan ketiga tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang sama.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak- Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Kesemua kesalahan itu dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Bertam Perdana, antara jam 4.04 sehingga 5 petang pada 8 Ogos 2020.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mazuin Hashim tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar jaminan rendah dikenakan dengan alasan tidak sihat dan perlu mengambil ubat termasuk asma dan diabetis.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan syarat tambahan tidak mengganggu mangsa dan saksi serta menetapkan 15 September depan tarikh sebutan semula kes.

Views:

350
Kongsi :
Previous post Masyarakat Orang Asli semarakkan Bulan Kebangsaan
Next post Sultan Johor kongsikan idea bangunkan Johor, Melaka
Ubah saiz-+=