Sultan Johor kongsikan idea bangunkan Johor, Melaka
JOHOR 14 Ogos – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah, menyarankan kerjasama strategik serta perkongsian idea antara Johor dan Melaka bagi memperhebatkan pembangunan kedua-dua negeri serta kemajuan secara bersama.
Baginda bertitah Johor dan Melaka sememangnya mempunyai hubungan yang akrab atas faktor geografi dan sejarah.
“Saya harap kedua-dua kerajaan negeri ini terus bekerjasama rapat dan berkongsi idea demi kebaikan bersama. Negeri Melaka boleh mengambil air Negeri Johor selagi kita mempunyai sumber itu.
“Pelabur-pelabur yang datang ke Johor, saya juga boleh perkenalkan mereka ke Melaka agar kita membangun bersama-sama sebab kita bersempadan, malah Kerajaan Melaka juga menjemput saya membuat lawatan rasmi ke negeri itu,” titah DYMM Sultan Johor kepada Royal Press Office hari ini.Terdahulu, Baginda berkenan menerima mengadap Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md Ali dan delegasi di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Seri Dr. Hasim Hasan; Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Azmi Rohani dan Penasihat Undang-Undang Negeri Johor Amir Nasruddin.
Datuk Sulaiman turut mempersembahkan dua beca sebagai hadiah kepada Sultan Ibrahim dalam mengeratkan serta memperkukuhkan hubungan antara Melaka dan Johor.
Views:
Related
Berita Lain
713 PELAJAR MELAKA DAPAT TABLET PERCUMA
AYER KEROH 16 Januari - Seramai 713 pelajar yang merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 daripada 61 buah sekolah...
BUKA MINDA PELAJARI TEKNOLOGI DIGITAL, FAHAMI PERANAN MPJ
JASIN 16 Januari - Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Bandaraya Melaka mengadakan lawatan sambil belajar ke Majlis Perbandaran Jasin (MPJ)...
BERLARI SAMBIL NIKMATI KEHIJAUAN ALAM
MACHAP JAYA 16 Januari - Kehijauan alam semulajadi bakal menemani peserta larian Lestari Run Machap Jaya 2025 yang bakal berlangsung...
AMALAN TURUN PADANG DEKATI RAKYAT
AYER KEROH 16 Januari - Saranan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh supaya penjawat awam mengamalkan konsep turun padang...
MOTAC SIASAT SYARIKAT PELANCONGAN GAGAL TERBANGKAN JEMAAH UMRAH
PUTRAJAYA, 15 Jan - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang menjalankan siasatan terhadap sebuah syarikat pelancongan berlesen yang didakwa...
TIGA MAUT KEMALANGAN EMPAT KENDERAAN DI LEBUHRAYA PLUS DI REMBAU
REMBAU, 15 Jan - Tiga maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 226.5 Lebuhraya PLUS Senawang-Ayer Keroh arah utara,...