
Datuk Seri Zolkples Embong meninggal dunia
KUALA LUMPUR 3 Okt – Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong ditemukan meninggal dunia di kediamannya di Pandan Indah di sini, pagi tadi.
Berita duka kehilangan Allahyarham turut dikongsi Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di laman sosial mereka sebentar tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak ketika mengesahkan perkara itu berkata jenazah Zolkples, 62, kini berada di Hospital Kuala Lumpur bagi tujuan bedah siasat.
“Punca dan waktu kematian akan diketahui setelah selesai bedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Zolkples mula menjawat jawatan Ketua Pengarah MSN sejak 2007 hingga 2014.
Beliau juga pernah menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Asia 2010 yang menyaksikan Malaysia merangkul sembilan pingat emas sekali gus merupakan pencapaian terbaik kontinjen negara sepanjang penyertaan pada temasya sukan berkenaan.
Berikutan kejayaan itu, beliau sekali lagi diberikan kepercayaan sebagai Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Paralimpik London 2012.
Zolkples juga pernah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Sukan SEA 2017.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RM1 JUTA LONJAK IMEJ MORTEN WALK
KOTA LAKSAMANA 21 Jun - Morten Walk di Kampung Morten, di sini, bakal berubah wajah menjadi sebuah pusat perniagaan lebih...
‘JIKA MELAKA ADALAH POHON, JASIN ADALAH AKARNYA..’
RIM 21 Jun - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang bakal berkampung selama sebulan di Parlimen Jasin bakal merealisasikan...
MELAKA SATU-SATUNYA NEGERI WAKIL RAKYAT TURUN PADANG SETIAP HARI
RIM 21 Jun - Melaka terus membuktikan pentadbiran Kerajaan Negeri benar-benar dekat di hati rakyat menerusi pelbagai usaha dan inisiatif...
WRUR: LEBIH 300 PROGRAM DEKATI 134,000 RAKYAT JASIN
RIM 21 Jun - Lebih 300 program bermanfaat untuk rakyat akan diadakan selama empat minggu Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR)...
PEMBIAYAAN LEBIH RM92 JUTA DILULUSKAN DI MELAKA, 4,300 USAHAWAN DAPAT MANFAAT
KOTA LAKSAMANA 21 Jun - Lebih 4,300 usahawan di Negeri Melaka telah menerima manfaat pembiayaan berjumlah lebih RM92 juta setakat...
HARGA DIESEL BERSUBSIDI RM2.10 SELITER UNTUK RAKYAT MALAYSIA MULAI JULAI – PM ANWAR
BINTULU, 21 Jun - Kerajaan MADANI akan menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat Malaysia kepada RM2.10 seliter mulai Julai 2026,...
