Denggi Melaka meningkat kepada 2,376 kes

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

AYER MOLEK 24 Okt. – Kes denggi di Melaka meningkat kepada 2,376 kes atau 34.09 peratus dengan pertambahan 18 kes baharu direkodkan setakat setakat 22 Oktober.

Jelas Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri Datuk Rahmad Mariman, Melaka Tengah merekodkan kes denggi tertinggi dengan 1,590 kes, diikuti Jasin (432 kes) dan Alor Gajah (354 kes).

“Dalam pada itu, terdapat 170 wabak dilaporkan di Negeri Melaka, dengan sembilan wabak dilaporkan masih aktif dan tiga wabak aktif wabak tidak terkawal.

RAHMAD turut melakukan pemeriksaan suhu yang merupakan sebahagian dari prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 ketika menghadiri Kempen 1 Jam Setiap Sabtu di Balai Raya Ayer Molek hari ini.

“Dan orang ramai dinasihatkan bersama membendung wabak ini seiring dengan langkah menangani penularan wabak COVID-19,” katanya,

Beliau berkata demikian pada pemberita selepas merasmikan Kempen 1 Jam Setiap Sabtu di Balai Raya Ayer Molek, di sini, tengah hari tadi.

Kempen menggunakan #1JAMSETIAPSABTU menyeru kepada orang ramai agar bersama membanteras wabak terbabit menerusi inisiatif pendekatan peruntukan masa sejam bagi membersihkan kawasan persekitaran perumahan pada hari Sabtu.

Menurut Rahmad, biarpun pelbagai program utama ditangguhkan bagi mengekang pandemik COVID-19, inisiatif terbabit diambil bagi menyeru masyarkat agar pendekatan kempen di rumah itu mampu mengurangi permasalahan terbabit.

“Kerajaan negeri berharap agar mayarakat memperuntukkan sejam setiap Sabtu bersama keluarga bagi memastikan tiada sampah atau bekas yang menakung air di sekeliling rumah.

Saya harap masyarakat dapat mengambil inisiatif untuk membersihkan Kawasan luar dan dalam rumah sendiri, manakala berkerjasama dalam usaha bergotong royong yang mungkin diadakan bersama penduduk agar bukan sahaja rumah sendiri malah kawasan awam berhampiran kita juga bebas dari tempat pembiakan nyamuk Aedes,” katanya.

Views:

361
Kongsi :
Previous post COVID-19: Malaysia dijangka mula peroleh bekalan vaksin suku pertama 2021
Next post #1JAMSETIAPSABTU tawar hadiah istimewa
Ubah saiz-+=