WhatsApp Image 2022-06-21 at 4.59.53 PM

Dewan untuk Orang Asli Taboh Naning akan dibina

BUKIT PAYUNG 22 Jun – Kerajaan negeri telah meluluskan pembinaan dewan bagi penduduk Orang Asli Bukit Payung dan ia dijangka dibina pertengahan Julai depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taboh Naning, Zulkiflee Md Zin berkata, usaha membangunkan dewan itu sekali gus mampu memenuhi manifesto kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu yang mementingkan pembangunan masyarakat Orang Asli di kawasan berkenaan.

“Alhamdulillah ia akan dibina dengan kos peruntukan sebanyak RM300,000 dengan tempoh pembinaan selama empat bulan.

“Kita harap agar projek ini mampu dipercepatkan bagi memudahkan komuniti itu menjalankan pelbagai program kemasyarakatan dengan memanfaatkan pembangunan yang ada.

“Sebelum ini kita melihat mereka terpaksa bersempit di dalam Balai Raya tiap kali program diadakan sehinggakan terpaksa menyewa khemah, jadi kita akan pastikan pembangunan mereka terus diberi perhatian agar menerima pembangunan seiring dengan kehidupan hari ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurutnya, setakat ini projek yang diperuntukkan dibawah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) akan menyerahkan pengendalian projek kepada Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) bagi proses penawaran tender untuk melaksanakan pembangunan terbabit secepat mungkin.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

100
WhatsApp Image 2022-06-21 at 4.33.09 PM Previous post Golongan uzur tidak diabaikan
seri iskandar Next post Enam pelajar pusat tahfiz di Seri Iskandar terselamat dalam kebakaran