
Diego Maradona meninggal dunia
BUENOS AIRES, 26 Nov (Bernama) — Legenda bola sepak Argentina Diego Maradona meninggal dunia pada Rabu, lapor agensi berita Sputnik memetik penyiar Argentina TN.
Juara Piala Dunia 1986 itu berusia 60 tahun.
Beliau dibawa ke hospital untuk pemeriksaan perubatan pada 30 Oktober, tetapi kemudiannya diumumkan telah menjalani satu pembedahan di bahagian kepala. Maradona dibenarkan pulang pada 12 November.
Sementara itu, Agensi Anadolu melaporkan Maradona meninggal dunia setelah mengalami serangan jantung di rumahnya di Tigre, Argentina.
— BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
REKOD KHIDMAT LIMA TAHUN JADI ‘SANDARAN’ TOK AJAK
TELOK MAS 27 Oktober - Rekod perkhidmatan selama lima tahun menjadi sandaran buat Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman untuk...
ISU MCA: ‘JANGAN BIMBANG, KITA CARI JALAN PENYELESAIAN’ – ZAMBRY
TELOK MAS 26 Oktober – Barisan Nasional (BN) akan mencari jalan penyelesaian terhadap kemelut membabitkan MCA susulan ketidakpuasan hati parti...
PROGRAM KEMASYARAKATAN MAHASISWA BUKAN HANYA KETIKA PILIHAN RAYA – ZAMBRY
TELOK MAS 26 Oktober – Program kemasyarakatan melibatkan mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) bukan hanya dilaksanakan ketika musim pilihan raya,...
ISTERI KETUA MENTERI TURUN PADANG RAIKAN PEJUANG KANSER, PENGHIDAP MASALAH BUAH PINGGANG DUN AYER LIMAU
AYER LIMAU 26 Oktober - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer mengiringi isteri...
FESTIVAL PERTUKARAN BUDAYA HIMPUN ENAM NEGARA DI MELAKA, SASAR 30,000 PENGUNJUNG
BANDARAYA MELAKA 26 Oktober - Melaka bakal menjadi tumpuan delegasi antarabangsa menerusi penganjuran Festival Pertukaran Budaya: Meraikan Warisan Silang Budaya...
PRN MELAKA: ‘ACIK ZUL’ TEKAD PERTAHAN TABOH NANING
AYER KEROH 26 Oktober - Kepercayaan diberikan kepadanya untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning pada Pilihan Raya...

