
DIJEMPUT AJAL KETIKA MEMANDU
KESIDANG 2 Oktober – Seorang pemandu e-hailing maut selepas dipercayai terkena serangan jantung ketika sedang memandu di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) dekat Balai Panjang, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 pagi, mangsa Azmira Othman, 49, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati mangsa sedang dalam perjalanan dari arah lampu isyarat Lorong Pandan menghala ke Malim.
Katanya, ketika di lokasi kejadian kereta jenis Perodua Alza dipandunya dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas ke batu pembahagi jalan di lorong sebelah kanan.
“Mangsa dipercayai terkena serangan jantung sebelum terbabas ke arah batu pembahagi jalan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka dan Pol 61 telah dikeluarkan untuk menjalankan bedah siasat,” katanya.
Beliau berkata, kereta dipandu mangsa mengalami kerosakan di beberapa bahagian hadapan dan telah dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Bermotor (PUSPAKOM) untuk pemeriksaan.
Katanya lagi, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM GALAK UMAT ISLAM PERKASA INSTRUMEN SAHAM WAKAF
PENGKALAN BATU 19 Ogos - Umat Islam digalakkan untuk menyumbang kepada saham wakaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi pembinaan...
MPAG ‘SEGARKAN’ TAMAN REKREASI BUKIT BERINGIN
ALOR GAJAH 19 Ogos - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) terus memperkasa kemudahan awam dalam kawasan pentadbirannya menerusi projek naik...
THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA
AYER KEROH 19 Oktober - Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita,...
KARNIVAL FALAK BENTUK SAHSIAH UNGGUL MUSLIM
TANJUNG BIDARA 19 Ogos - Penganjuran Karnival Falak Peringkat Kebangsaan 2026M/1448H di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu pada 11...
LEBIH 30,000 HADIR IJTIMAK TABLIGH ZON SELATAN
AYER KEROH 19 Oktober - Lebih 30,000 jemaah membanjiri Masjid Al-Azim bersempena Ijtimak Tabligh Zon Selatan yang berlangsung pada hujung...
300 PETUGAS PILIHAN RAYA DUN N10 ASAHAN TERIMA TAKLIMAT PERSEDIAAN AWAL PRN
AYER KEROH 19 Ogos - Lebih 300 petugas pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N10 Asahan telah menghadiri taklimat...
