Dos penggalak mampu lawan gelombang Omicron – KP Kesihatan

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

KUALA LUMPUR, 22 Feb – Keberkesanan dos vaksin penggalak dilihat mampu mengurangkan peningkatan kes jangkitan COVID-19 di Malaysia yang dicetuskan oleh gelombang varian Omicron ketika ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata data terkini dari empat minggu lepas iaitu dari 24 Jan hingga 21 Feb, menunjukkan kumpulan individu tidak divaksin adalah yang paling berisiko dijangkiti COVID-19 yang serius terutama kategori empat dan lima bagi semua kumpulan umur.

“Perkara ini dibuktikan dengan kes COVID-19 per 100,000 populasi mengikut status vaksinasi meningkat kira-kira 10 hingga 80 kes direkodkan untuk kategori (3,4 dan 5) bagi semua kumpulan umur

“Kumpulan individu yang menerima dos penggalak adalah paling terlindung, apabila bawah 20 kes dilaporkan dan dilihat kurang kes jangkitan yang serius iaitu kategori 3, 4, dan 5 dan juga kes kematian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Setakat ini sejumlah 14,078,456 atau 59.8 peratus dos penggalak diberikan kepada golongan individu dewasa dalam Program Imunisasi COVID-19 Dos Penggalak (PICK-B) sejak 1 Okt 2021 hingga semalam.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata kadar penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital di Johor, Kelantan, Kuala Lumpur dan Melaka menunjukkan peningkatan lebih 50 peratus.

“Johor mencatatkan peningkatan 70 peratus, Kelantan 61 peratus, Kuala Lumpur 58 peratus dan Melaka 54 peratus.

“Selain itu sejumlah 25,099 kes baharu COVID-19 dilaporkan semalam menjadikan kes kumulatif kepada 3,246,779 dan daripada jumlah kes baharu itu, 25,014 kes tempatan dan 85 kes import,” katanya.

Beliau berkata sejumlah 100 daripada kes baharu adalah kategori 3, 4, dan 5 manakala 24,499 terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Bagi kes sembuh pula sebanyak 17,749 kes dilaporkan semalam menjadikan kes kumulatif sembuh di negara ini adalah 2,955,404, katanya.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

531
Kongsi :
Previous post Hak tuan rumah temasya SUKMA diputuskan secara penggiliran – MSN
Next post Malaysia akan tingkat pengeluaran minyak sawit tahun ini susulan pengambilan lebih ramai pekerja asing
Ubah saiz-+=