‘Drag race’ di LTAM luar pengetahuan Kerajaan Negeri

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

AYER KEROH 12 Januari – Penganjuran festival perlumbaan kereta atau ‘drag race’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) adalah diluar pengetahuan Kerajaan Negeri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, Kerajaan Negeri tidak menerima sebarang makluman berhubung perkara itu daripada pihak pengurusan LTAM.

“Ia diluar pengetahuan saya dan kita minta Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) untuk maklumkan secara lanjut berhubung perkara ini.

“Kerajaan Negeri tidak terlibat dan tidak mengetahuinya sebab ia tidak diumumkan dalam mesyuarat. Saya akan dapatkan maklum balas berkaitan penganjuran ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 YAB Ketua Menteri Melaka yang bertemakan ‘Bijak Memimpin, Berani Bertindak’ di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri Melaka Ke-12, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari serta Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran,Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin dan barisan Exco Kerajaan Negeri.

Turut hadir, Timbalan Speaker DUN, Kerk Chee Yee; barisan Timbalan Exco; ketua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri serta persekutuan.

Baru-baru ini tular di media sosial berhubung penganjuran drag race dijadual pada 3 dan 4 Februari di LTAM.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

894
Kongsi :
Previous post Ibu bapa Danish terima sumbangan NADMA
Next post Pameran artifak Hang Tuah Mei ini
Ubah saiz-+=