
Ibu bapa Danish terima sumbangan NADMA
AYER KEROH 12 Januari – Ibu bapa Allahyarham Muhammad Danish Mohd Faizal yang ditemui lemas pada November tahun lalu disantuni Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh semasa Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 YAB Ketua Menteri Melaka, di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.
Nor Amiza Che Kar dan Mohd Faizal Maarop turut menerima sumbangan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) disampaikan Ab Rauf pada majlis itu.
Terdahulu ketika berucap, Ab Rauf turut meminta jemputan dan penjawat awam hadir ke majlis itu untuk bersama-sama membaca dan menghadiahkan surah Al-Fatihah kepada Allahyarham.
Pada 25 November lalu, kanak-kanak berusia dua tahun itu telah ditemui lemas selepas terjatuh di dalam longkang dan dihanyutkan deras ketika hujan lebat di Taman Goodwood, Bukit Baru.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BAYI LELAKI BAHARU DILAHIRKAN DITINGGALKAN DI BAHU JALAN
SUNGAI PETANI 13 Julai - Seorang bayi lelaki yang dipercayai baharu dilahirkan ditemukan tanpa pakaian dan tidak berlapik di atas...
PESISIR PANTAI MENGHADAP SELAT MELAKA JADI CADANGAN LOKASI KEMUNCAK WTD 2025
DUYONG 13 Julai - Kawasan pesisir pantai menghadap Selat Melaka di sekitar Klebang dicadang sebagai lokasi acara kemuncak Hari Pelancongan...
GENDANG SUDAH DIPALU, WRUR DUYONG DIBUKA TIRAI SECARA RASMI
DUYONG 13 Julai - Paluan gendang sebanyak enam kali menjadi simbolik kepada pembukaan program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
ECO CRUISE TASIK CHINCHIN TAWAR PELAYARAN MENDAMAIKAN
RIM 13 Julai - Melaka kini memiliki satu lagi produk pelancongan air menarik iaitu Eco Cruise Tasik Chinchin yang bakal...
MAIM PERMUDAH HIDUP BAHARU PASANGAN MUALAF
KESIDANG 13 Julai - Hanya ucapan terima kasih dapat diungkapkan pasangan pengantin mualaf kepada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) kerana...
‘JAGA SUNGAI BUKAN MUDAH, TAPI BERBALOI’
BANDARAYA MELAKA 13 Julai - Tugasan bermula awal pagi, berpanas dan menghidu bau kurang menyenangkan, tidak mematahkan semangat dua anak...