
Dua beradik sesat ketika mendaki Bukit Beruang
AYER KEROH 27 Dis. – Dua beradik masing-masing berusia 37 dan 28 tahun terperangkap di dalam hutan selama lebih tiga jam ketika melakukan aktiviti mendaki di Bukit Beruang, hari ini.
Kedua-dua mereka yang mula mendaki kira-kira jam 10 pagi tadi bagaimanapun diselamatkan sepasukan bomba selepas menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sekitar jam 1.18 petang tadi.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, Penguasa Bomba Muhamad Talib, berkata pihaknya menerima laporan pada jam 1.11 petang dan mengambil masa kira-kira 45 minit untuk menyelamatkan dua beradik lelaki dan perempuan itu.
“Mangsa perempuan berumur 28 tahun, manakala abangnya berumur 37 tahun kita temui selepas kira-kira 45 minit menjalankan operasi SAR.
“Pasukan bomba kemudian membawa mangsa keluar dari kawasan hutan ke tempat selamat dan operasi ditamatkan pada jam 2.05 petang,” katanya dalam satu kenyataan.
Mengulas lanjut beliau berkata, hasil maklumat awal mendapati kedua-dua mangsa dipercayai sesat ketika hendak menuruni puncak bukit.
Ujarnya, kedua-dua mangsa juga tidak mengalami sebarang kecederaan dan pasukan bantuan beredar selepas memastikan dua beradik itu berada dalam keadaan selamat.
Views:
Related
Berita Lain
TANJUNG BIDARA JADI PENTAS SENI, BUDAYA MELAKA
TANJUNG BIDARA 20 September - Tanjung Bidara menjadi pentas seni dan budaya menerusi penganjuran Festival Seni Selat dan Sungai Melaka...
WRUR: TERIMA KASIH BERSAMA SAYA UBAH CARA KERAJAAN DEKATI RAKYAT
TANJUNG BIDARA 20 September - Kejayaan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) menjelajah kesemua 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka...
PINTU KERAJAAN, TELINGA KEPIMPINAN MELAKA TIDAK PERNAH DITUTUP
TANJUNG BIDARA 20 September - Perjalanan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang merentasi kesemua 28 Dewan Undangan Negeri (DUN)...
WRUR: RAKYAT MELAKA PUAS HATI KONSEP WAKIL RAKYAT TURUN PADANG
TANJUNG BIDARA 20 September - Pendekatan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang membawa wakil rakyat dan jentera Kerajaan Negeri...
WRUR: 5,170 ADUAN RAKYAT DITERIMA, 73.29 PERATUS SELESAI
TANJUNG BIDARA 19 September - Sebanyak 5,170 aduan rakyat diterima sepanjang pelaksanaan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) di seluruh...
WRUR: 2,300 RAKYAT MEMERLUKAN DISANTUNI, TERIMA BANTUAN RM345,000
TANJUNG BIDARA 19 September - Seramai 2,300 penerima disantuni secara langsung menerusi bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sepanjang pelaksanaan Program...


