Sorting by

×

Dua lagi lelaki ditahan disyaki terlibat insiden pergaduhan DIBW

Masa Membaca:54 Saat

JOHOR BAHRU, 25 Sept – Polis menahan dua lelaki tempatan dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan ketika acara Desaru International Bike Week (DIBW) 2023 di Kota Tinggi, Sabtu malam.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata dua lelaki berusia 20-an dan 50-an itu ditahan ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi, petang semalam.

Dengan penangkapan terbaharu itu, ia menjadikan kesemua yang ditangkap susulan insiden pergaduhan tersebut adalah empat orang setakat ini, kata beliau.

“Pihak penganjur acara DIBW 2023 juga telah dirakam percakapan semalam, manakala empat lelaki yang ditahan direman mulai hari ini sehingga Rabu ini (27 Sept).

“Perintah reman dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Kota Tinggi Hayda Faridzal Abu Hassan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Kamarul Zaman dilaporkan sebagai berkata dua lelaki berusia 30 dan 50 tahun, ditahan dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan tersebut.

Beliau berkata pergaduhan kira-kira 9 malam itu dipercayai berpunca akibat salah faham antara dua kumpulan peserta motosikal tempatan dan Amerika Syarikat.

Usaha sedang dijalankan untuk mengesan individu lain yang terlibat, tambah beliau.

— BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

835
Kongsi :
Previous post Kelab Wah Hin anjur majlis makan malam Hari Kebangsaan
Next post Pemandu treler rempuh 14 kenderaan dihadapkan ke mahkamah
Ubah saiz-+=