Dua lelaki maut, bas bertembung motosikal

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

SEREMBAN 5 Julai – Dua lelaki maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas yang dipercayai bertembung dengan sebuah motosikal di Jalan Persiaran Korporat, Nilai dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.20 pagi itu, mangsa berusia 59 tahun yang juga pemandu bas maut di lokasi kejadian, akibat kecederaan parah di kepala dan kaki.

Menurutnya, penunggang motosikal yang juga penyelia kilang berusia 36 tahun itu pula parah di bahagian kepala, dan disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Zon Merah, Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), di sini.

KETUA Polis Daerah Nilai Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman. Foto kredit IPD Nilai.

“Siasatan awal mendapati pemandu bas bergerak dari arah Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Nilai dan melanggar sebuah motosikal yang dipercayai sedang keluar simpang dari arah kanan.

“Akibat pelanggaran, menyebabkan bas berkenaan hilang kawalan dan terlanggar pokok di bahu kanan jalan itu hilang kawalan dan terlanggar pokok di bahu kanan jalan raya, manakala pemandu bas itu tersepit dan maut di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik HTJ untuk bedah siasat dan kes disiasat menurut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1143
Kongsi :
Previous post Penduduk Sungai Putat diuji banjir kilat kali kedua
Next post Pejabat LHDN cawangan Melaka ditutup untuk sanitasi
Ubah saiz-+=