Dua parah, tiga cedera ringan dalam kemalangan tiga kenderaan
BEMBAN 23 Mac – Dua parah manakala tiga lagi cedera ringan selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Tehel – Bemban berhampiran sebuah ladang di sini pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Katil, Penguasa Bomba Zulhazwan Abd Aziz berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam memaklumkan mengenai kemalangan membabitkan motosikal, van kilang dan kereta di lokasi kejadian pada jam 7.56 pagi tadi.
Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian anggota bomba mendapati terdapat seorang lelaki dan wanita parah manakala tiga lagi lelaki cedera ringan.
“Bagaimanapun, semua mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum anggota bomba tiba.
“Dua mangsa yang parah dibawa ke Hospital Melaka menaiki ambulan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) manakala tiga lagi mangsa yang cedera ringan menerima rawatan awal oleh pasukan Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS),” katanya.
Beliau berkata, pihaknya berdepan cabaran untuk tiba di lokasi kejadian yang jaraknya kira-kira 14 kilometer dari BBP Bukit Katil ke lokasi kejadian selain berlaku kesesakan lalu-lintas untuk tiba di lokasi itu.
“Operasi menyelamat tamat kira-kira jam 8.45 pagi,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
713 PELAJAR MELAKA DAPAT TABLET PERCUMA
AYER KEROH 16 Januari - Seramai 713 pelajar yang merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 daripada 61 buah sekolah...
BUKA MINDA PELAJARI TEKNOLOGI DIGITAL, FAHAMI PERANAN MPJ
JASIN 16 Januari - Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Bandaraya Melaka mengadakan lawatan sambil belajar ke Majlis Perbandaran Jasin (MPJ)...
BERLARI SAMBIL NIKMATI KEHIJAUAN ALAM
MACHAP JAYA 16 Januari - Kehijauan alam semulajadi bakal menemani peserta larian Lestari Run Machap Jaya 2025 yang bakal berlangsung...
AMALAN TURUN PADANG DEKATI RAKYAT
AYER KEROH 16 Januari - Saranan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh supaya penjawat awam mengamalkan konsep turun padang...
MOTAC SIASAT SYARIKAT PELANCONGAN GAGAL TERBANGKAN JEMAAH UMRAH
PUTRAJAYA, 15 Jan - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang menjalankan siasatan terhadap sebuah syarikat pelancongan berlesen yang didakwa...
TIGA MAUT KEMALANGAN EMPAT KENDERAAN DI LEBUHRAYA PLUS DI REMBAU
REMBAU, 15 Jan - Tiga maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 226.5 Lebuhraya PLUS Senawang-Ayer Keroh arah utara,...