Dua penyelam dilaporkan hilang di Pulau Jarak, ditemukan selamat

Masa Membaca:52 Saat

LUMUT, 10 April – Dua penyelam tempatan yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti menyelam di Pulau Jarak di sini bersama tiga penyelam lain petang semalam, ditemukan selamat, malam tadi.

Pengarah Maritim Negeri Perak Kapt Maritim Shahrizan Raman berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu dari Balai Polis Pulau Pangkor dan disalurkan kepada Markas Pemerintahan Armada Barat Lumut, Pasukan Polis Marin Kampung Acheh, dan Maritime Component Operation Comander (MCOC) untuk bantuan operasi.

“Mangsa yang berasal daripada Kampung Acheh, disahkan selamat dan ditemukan berpaut pada jeti Pulau Jarak untuk menyelamatkan diri pada 7.40 malam tadi.

“Kedua-dua mangsa kemudiannya dipindahkan ke Pulau Jarak bagi tujuan pemantauan tahap kesihatan oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang bertugas di Pos Pulau Jarak pada sekitar pukul 8.00 malam,” katanya dalam satu kenyataan.

Kedua-dua mangsa dikatakan melakukan aktiviti menyelam di kawasan Pulau Jarak bersama tiga penyelam lain pada petang semalam, namun dilaporkan hilang setelah dikhuatiri dibawa arus deras di kedudukan 0.4 batu nautika, timur Pulau Jarak.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1232
Kongsi :
Previous post Rakyat mahu RUU Anti Lompat Parti segera dibentangkan – Najib
Next post Konsep Light City hidupkan semula bazar Jalan Hang Tuah
Ubah saiz-+=