Rakyat mahu RUU Anti Lompat Parti segera dibentangkan – Najib

Share and Enjoy !

Shares

BANDARAYA MELAKA 10 April – Rakyat sebenarnya mahukan Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti segera dibentangkan di Dewan Rakyat, kata bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, perkara itu perlu segera dibentangkan kerana rakyat tidak mahu lagi dikhianati setelah ada sesetengah wakil rakyat berpaling tadah selepas diberikan mandat.

“Kalau diikutkan pada hasrat pengundi mereka semua mahukan RUU ini dibentangkan sebab itu prinsip yang mulia, di mana dia (rakyat) pilih wakil rakyat berdasarkan parti dan parti juga bekerja untuk dia.

“Tiba-tiba dia lompat pada pihak lain dan ini bermakna dia telah mengkhianati mandat yang diberikan oleh rakyat.

“Itu prinsip asasnya, ‘fundamental’ nya sebab itulah majoriti rakyat hendak suapay RUU ini dibentangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas lawatannya di tapak Melaka Grand Ramadan Bazar di Jalan Hang Tuah di sini, malam tadi.

Najib turut menjelaskan pembentangan RUU berkenaan yang dijadualkan Isnin depan terpaksa ditangguhkan.

“Apabila ditangguhkan ini menjadikan RUU ini telah tertangguh buat kali kedua selepas yang pertama kali dijadualkan untuk dibentangkan bagi bacaan kali pertama pada 24 Mac lalu iaitu ketika hari terakhir Sidang Pertama Dewan Rakyat tahun ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1

Share and Enjoy !

Shares
Previous post Penjenamaan Perzim berkonsepkan ekopelancongan
Next post Dua penyelam dilaporkan hilang di Pulau Jarak, ditemukan selamat