Sorting by

×

Dua PPV Integrasi Kuala Lumpur beroperasi mulai esok

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Dua pusat pemberian vaksin (PPV) Integrasi iaitu World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) dan Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini sudah bersedia sepenuhnya bagi operasi pemberian dos penggalak bermula esok.

Penyelaras PPV Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Dr Misliza Ahmad berkata segala persiapan sudah dibuat oleh Kementerian Kesihatan (KKM) sejak Rabu lepas termasuk operasi percubaan pada hari ini, bagi membolehkan kedua-dua PPV dos penggalak AstraZeneca itu beroperasi dengan lancar.

“Hari ini kita ada buat sesi percubaan pada setiap kaunter dari hadapan sehingga kaunter akhir siap divaksinasi untuk memastikan aliran perjalanan berjalan lancar,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Pada masa sama, Dr Misliza berkata lebih 300 petugas dan sukarelawan terdiri daripada Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVAC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membantu dalam program imunisasi di PPV tersebut.

Beliau berkata PPV WTCKL menyediakan 9,000 dos penggalak sehari, manakala PPV Axiata Arena sebanyak 8,000 dos penggalak dengan setiap individu akan mengambil masa kira-kira 30 minit bagi menyempurnakan proses vaksinasi mereka.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan WTCKL Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim hari ini sempat meninjau persiapan pembukaan PPV di pusat perdagangan itu esok.

Beliau berkata, WTCKL kali ini turut menyediakan kaunter penjualan makanan untuk keselesaan penerima vaksin di PPV itu.

“Kami juga bekerjasama dengan seluruh pemilik bangunan di sekitar WTCKL bagi memastikan tempat letak kereta mencukupi,” katanya. – BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

646
Kongsi :
Previous post Melaka perkenal konsep pasar malam lebih sistematik – Exco
Next post Majikan wajib iklankan jawatan kosong dalam portal Myfuturejobs
Ubah saiz-+=