
Dua remaja lemas ketika mandi sungai di Segamat
JOHOR BAHRU, 16 April – Dua remaja lelaki ditemukan lemas selepas mandi di Sungai Pulau Jering di Kampung Bukit Tunggal di Segamat, Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Segamat Supt Ahmad Zamry Marinsah berkata mangsa Ahmad Muhammad Ibnu Hermee, 12, dan Muhammad Khalifi Kamaruzaman, 13, yang tinggal berjiran itu masing-masing merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal dan Sekolah Menengah Kebangsaan Jementah.
Beliau berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada keluarga mangsa pada 5.10 petang.
“Hasil siasatan yang telah dijalankan mendapati, kedua-dua mangsa disedari lemas oleh seorang daripada bapa remaja tersebut yang kebetulan melalui kawasan berkenaan sebelum meminta bantuan orang awam.
“Menerusi bantuan penduduk kampung, kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan daripada sungai, namun berada dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di sebuah klinik swasta berdekatan.
Ahmad Muhammad dan Muhammad Khalifi telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Bukit Tunggal, semalam.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KEJOHANAN EMPAT PENJURU, MEDAN MELAKA FC UJI KESERASIAN PEMAIN
BANDA HILIR 14 Ogos - Kejohanan Governor's 77th Anniversary International Quadrangular Football Tournament 2026 menjadi medan penting buat Melaka FC...
MAIM BAIK PULIH LIMA PREMIS TERBIAR DALAM KAWASAN TAPAK WARISAN
AYER KEROH 14 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mengambil tindakan segera dengan memberi nafas baharu kepada lima premis...
MELAKA FC ANJUR KEJOHANAN EMPAT PENJURU SEMPENA ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG DI-PERTUA NEGERI
BANDA HILIR 14 Ogos - Melaka FC menyasarkan penganjuran The Governor's 77th Anniversary International Quadrangular Football Tournament 2026 sebagai acara...
MPHTJ SELESAIKAN 70.2 PERATUS ADUAN RAKYAT
AYER KEROH 14 Ogos - Penyelesaian masalah dan aduan rakyat menjadi antara ukuran utama prestasi Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya...
PERZIM SASAR 4,000 PENGUNJUNG SERBU ENAM MUZIUM 31 OGOS INI
AYER KEROH 14 Ogos - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menyasarkan lebih 4,000 pengunjung melawat muzium dan galeri di bawah seliaannya...
PPSPM SUNTIK SEMANGAT ATLET PERAHU NAGA, PINGPONG HADAPI SUKMA
DUYONG 14 Ogos – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menyuntik semangat atlet perahu naga dan pingpong Melaka yang...
