Sorting by

×

DUN Belia Melaka dijangka bersidang November depan

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

SERI NEGERI 25 Jun – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Belia buat julung kalinya dijangka akan berlangsung pada November depan.

EXCO Pembangunan Belia, VP Shanmugam berkata, DUN Belia yang ditubuhkan bagi merealisasikan manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang lalu mampu melahirkan bakal pemimpin negeri pada masa akan datang.

Jelasnya, setakat ini kerajaan negeri sedang merangka penubuhan DUN Belia tersebut yang akan dipimpin semua pemimpin belia di negeri ini.

“Penubuhan ini merupakan sebagai platform awalan dalam kalangan belia untuk bersama mentadbir negeri ini dengan memberi pandangan dan pendapat mereka dalam menerajui Negeri Melaka.

“Kesemua pandangan atau pendapat mereka yang bernas akan diangkat oleh kerajaan negeri untuk kita jadikan sebagai panduan demi kesejahteraan rakyat.

“Kita menjangkakan persidangan kali pertama itu akan diadakan pada November dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Melaka di mana ia sebagai pembukaan kepada pengalaman mereka untuk diangkat dan dilantik menjadi wakil rakyat yang sebenar suatu hari nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penganugerahan Bintang dan Pingat Kebesaran Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) Kali Ke-42 di Dewan Seri Utama Pejabat Yang di-Pertua Negeri, di sini, hari ini.

Hadir sama, Presiden MGBM, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1385
Kongsi :
Previous post Jaminan peluang pekerjaan, keusahawanan belia jadi misi MGBM tahun ini
Next post Pengalaman mengajar saya – Fairul Nizam
Ubah saiz-+=