DUN Melaka beri penghormatan kepada mangsa gempa Indonesia

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

SERI NEGERI 1 Mac – Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka, hari ini, berhenti seketika untuk bertafakur dan menghadiahkan bacaan Al-Fatihah kepada korban gempa bumi di Pekanbaru, Indonesia, 25 Feb lalu.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, gempa berukuran 6.2 skala Ritcher, jam 9.39 pagi itu mengorbankan tujuh nyawa manakala selebihnya 85 orang cedera parah di Sumatera Barat.

“Sebagai tanda simpati mendalam, kepada saudara-saudari, jiran kita di seberang selat sana, marilah kita sama-sama bertafakur sejenak.

“Kepada mangsa korban yang beragama Islam pula, kita doakan…semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas mereka, seraya, sama-sama kita sedekah Al-Fatihah,” katanya ketika berucap Sempena Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka.

Sulaiman berkata, gempa berlaku pada 17 kilometer ke timur laut Pasaman Barat pada kedalaman 10 kilometer itu turut dirasai di Melaka dan beberapa negeri lain di Semenangjung Malaysia.

Katanya akibat gegaran kuat, tingkat satu hingga lapan bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Melaka dilaporkan telah mengalami keretakan baharu dan diarahkan tutup sementara waktu.

“Setakat ini, saya diberitahu, Jabatan Kerja Raya sedang membuat tinjauan mengenai keselamatan struktur bangunan tersebut, saya berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan seberapa segera supaya perkhidmatan LHDN tidak terganggu.

“Tidak terkecuali, saya juga telah arahkan, semua struktur bangunan Kerajaan di Melaka disemak sepenuhnya dan saya nak laporan ini dengan segera,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

909
Kongsi :
Previous post PRN Johor: BN kemuka lima ikhtiar memakmurkan Johor
Next post PRN Johor: Lima ikhtiar BN
Ubah saiz-+=