DUN Melaka: Jawatankuasa pemilihan, jawatankuasa kira-kira dan jawatankuasa perlembagaan penggal ke-15 dilantik

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

SERI NEGERI 27 Dis – Persidangan Pertama (Khas) Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Yang Ke-15 Tahun 2021 di Seri Negeri hari ini telah melantik jawatankuasa pemilihan, jawatankuasa kira-kira dan jawatankuasa perlembagaan baharu.

Usul tersebut telah dibawa oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam Datuk Zaidi Attan dan disokong ADUN Merlimau Dr Muhamad Akmal Saleh.

Dalam usulnya, Zaidi memilih tujuh nama untuk dilantik sebagai Jawatankuasa Pemilihan iaitu diketuai Speaker DUN Datuk Wira Ibrahim Durum.

Ahli-ahli lain yang dinamakan ialah Datuk Rahmad Mariman (BN-Ayer Molek), Fairul Nizam Roslan (BN-Asahan), Rosli Abdullah (BN-Kuala Linggi), Datuk Khaidhirah Abu Zahar (BN-Rim), Kerk Chee Yee (PH-Ayer Keroh) dan Penasihat Undang-undang Negeri.

Manakala, bagi Jawatankuasa Kira-kira, ADUN PH-Kota Laksamana Low Chee Leong dinamakan sebagai Pengerusi diikuti ahli-ahlinya Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer (BN-Ayer Limau), Zahari Abd Kalil (BN-Durian Tunggal), Mohd Noor Helmy Abdul Halem (BN-Duyong), Siti Faizah Abd Azis (BN-Sungai Rambai), Tuminah Kadi (BN-Pantai Kundor) dan Dr Mohd Yadzil Yaakob (PN-Bemban).

Ketua Menteri yang juga ADUN Lendu pula dinamakan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perlembagaan, bersama-sama Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (BN-Tanjung Bidara), Datuk Muhammad Jailani Khamis (BN-Rembia), Datuk Rahmad Mariman (BN-Ayer Molek) dan Datuk Zaidi Attan (BN-Serkam).

Selain itu, Datuk Abdul Razak Abd Rahman (BN-Telok Mas), VP Shanmugam (BN-Gadek), Datuk Kalsom Nordin (BN-Pengkalan Batu), Dr Muhamad Akmal Saleh (BN-Merlimau), Datuk Rais Yasin (BN-Paya Rumput), Ngwe Hee Sem (BN-Machap Jaya) dan Alex Seah Shoo Chin (PH-Kesidang) turut dipilih menganggotai jawatankuasa perlembagaan.

Usul tersebut telah disokong seramai 15 ahli-ahli Yang Berhormat, manakala enam berkecuali dan tujuh tidak hadir.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

892
Kongsi :
Previous post KM bentang Bajet 2022 di sidang DUN hari ini
Next post DUN Melaka: Sidang dipendekkan berikutan kes COVID-19
Ubah saiz-+=