
DUN Sarawak bubar, beri laluan PRN
KUCHING 5 Nov – Dewan Undangan Negeri Sarawak telah terbubar berkuat kuasa 3 Nov, sekali gus memberi laluan kepada pilihan raya negeri.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata pembubaran itu selaras dengan perkenan Yang di-Pertuan AgongĀ Al-Sultan AbdullahĀ Riāayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa Proklamasi Darurat bagi Sarawak ditamatkan pada hari yang sama.
“Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) akan memberitahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) (berhubung pembubaran DUN Sarawak).
“Situasi sangat unik apabila Agong menamatkan darurat, secara automatik (DUN) terbubar. Bagaimanapun mengikut prosedur, kami akan meminta Speaker memaklumkan SPR,” kata beliau pada sidang media di siniĀ hari ini.
Pada Rabu, Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan supaya Proklamasi Darurat di Sarawak ditamatkanĀ lebih awal daripada yang dijadualkan padaĀ Februari 2022Ā selepas berunding dengan Yang Dipertua Negeri SarawakĀ dan mempertimbangkan nasihat Perdana Menteri, Peguam Negara dan ketua agensi kerajaan yang berkaitan.
Abang Johari berkata sekiranya Proklamasi Darurat itu tidak diisytiharkan, DUN terbubar pada 7 Jun lepas mengikut Perlembagaan Negeri Sarawak dan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah pimpinannya tidak lagi mempunyai mandat rakyat yang diberikan pada 2016, untuk memerintah.
āBerpegang kepada sumpah kami untuk memelihara dan melindungi Perlembagaan Negeri Sarawak dan Perlembagaan Persekutuan dan menjaga hak rakyat untuk memilih kerajaan sendiri, kerajaanĀ GPS merasakan adalah suatu pengkhianatan kepada sumpah itu jika kerajaan GPS terusĀ berkuasa di sebalik alasanĀ darurat sedangkan mandat rakyat untuk mentadbir telah tamat,ā katanya
BeliauĀ berkata atas sebab itu kerajaan negeri telah berunding dan menasihatkan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib MahmudĀ supaya memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong agarĀ menamatkan Proklamasi DaruratĀ yang diisytiharkan pada 2 Ogos lepas,Ā lebih awal.
Abang Johari berkataĀ menyedari kesihatan dan keselamatan rakyat Sarawak adalah perkara paling utama,Ā kerajaan negeri telah mengadakan perbincangan yang teliti dan berterusan dengan pihak berkuasa kesihatan dan pihak berkepentingan lain agar pilihan raya diadakan dengan semua prosedur operasi standard (SOP) yang diperlukan.
āKadar vaksinasi COVID-19 di negeri ini juga telah mencapai tahap yang boleh diterima oleh pihak berkuasa agar pilihan raya dapat dijalankan dengan selamat,ā katanya.
Pada 31 Julai lepas, Al-Sultan Abdullah mengisytiharkan Proklamasi Darurat diteruskan di Sarawak hingga 2 Feb 2022 susulan ancaman pandemik COVID-19, sekali gus menangguhkan pilihan raya negeri bagi tempoh berkenaan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.