
Duyong ‘full house’ dengan tetamu datang beraya
DUYONG 1 Mei – Ribuan pengunjung membanjiri Jamuan Mega Raya Duyong Kita 2024 di Taman Bandaraya Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Bukit Serindit di sini, malam ini.
Biarpun hujan lebat pada petang tadi, namun ia tidak putus-putus dibanjiri tetamu dari dalam dan luar negeri bagi bersama-sama meraikan Aidilfitri anjuran Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong.
Malah, ada yang juga sanggup datang dari luar Melaka untuk mengambil kesempatan bergambar bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem yang popular di platform media sosial.
Lebih menarik jamuan mega itu turut menampilkan ikon-ikon terkenal Duyong seperti Dak Nor, Aunty Cerek, Aunty Darling, Cucu Cik Kintan, Nenek Petir, Makcik itik dan lain-lain, selain turut diserikan dengan persembahan artis dan pempengaruh media sosial seperti Nizam Laksamana dan Babah & Team.
Turut kelihatan maskot ‘unicorn’ dan dinasaur yang mencuri perhatian para pengunjung khususnya anak-anak kecil yang ingin berswafoto sebagai tanda kenangan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA CADANG DISKAUN 50 PERATUS KADAR PARKIR RNR PINTU GERBANG AYER KEROH
KOTA LAKSAMANA 23 April - Kerajaan Negeri bercadang untuk memberikan diskaun parkir sebanyak 50 peratus kepada mereka yang meletakkan kenderaan...
KRISIS ASIA BARAT: MELAKA TUMPU MODEL TENAGA BOLEH DIPERBAHARUI
KOTA LAKSAMANA 23 April - Sektor tenaga menjadi fokus utama Kerajaan Negeri dalam menangani ketidaktentuan bahan api susulan krisis di...
MELAKA METERAI MOU BANGUNKAN FASILITI INDUSTRI PERTAHANAN
AYER KEROH 23 April - Melaka melakar satu lagi detik penting apabila sebuah memorandum persefahaman (MoU) dimeterai bagi pembangunan fasiliti...
LADANG SOLAR HIBRID PERTAMA MELAKA BEROPERASI 2027
KOTA LAKSAMANA 23 April - Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) memeterai kerjasama strategik bersama Jus Power Sdn...
DARI SURAM JADI ‘INSTAWORTHY’, BANDAR JASIN KINI BERSERI-SERI
JASIN 23 April - Dahulunya, kawasan ini hanyalah sebuah lorong-lorong belakang yang suram, namun kini Bandar Jasin semakin berseri-seri dengan...
GULA-GULA DISYAKI MENGANDUNGI GANJA PUNCA KANAK-KANAK 3 TAHUN POSITIF DADAH
AYER KEROH 23 April – Pengambilan gula-gula yang disyaki mengandungi dadah dipercayai menjadi punca seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun...
