
EJEN HARTANAH MENINGGAL DUNIA DALAM SUV
AYER KEROH 10 April – Seorang ejen hartanah ditemukan meninggal dunia dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 miliknya dihadapan sebuah hotel di Ayer Keroh, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mayat lelaki berusia 34 tahun itu ditemui sepupunya iaitu seorang wanita yang ke lokasi kejadian kira-kira jam 9.30 malam.
“Terdahulu wanita berkenaan beberapa kali mengetuk pintu SUV berkenaan, namun mangsa tidak memberikan sebarang tindak balas, lebih mencemaskan bahagian dalam kenderaan itu berwap, dia kemudian menghubungi bomba bagi mendapatkan bantuan.
“Selepas pintu kenderaan berjaya dibuka pihak bomba, pegawai perubatan yang melakukan pemeriksaan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia, setakat ini tidak ada kesan kecederaan atau unsur jenayah ditemui,” katanya.
Menurut Christopher, hasil keterangan daripada pihak keluarga, mangsa dipercayai mengalami masalah hutang melibatkan urusan pembelian hartanah.
“Kes disiasat sebagai mati mengejut (SDR) selain punca sebenar kematian masih belum diperoleh dan menunggu laporan bedah siasat yang dijalankan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
YAYASAN TOH PUAN ZURINA TERIMA SUMBANGAN RM500,000
PENGKALAN BATU 13 April - Yayasan Toh Puan Zurina menerima sumbangan berjumlah RM500,000 bagi menyokong pelbagai inisiatif kebajikan dan program...
SARINGAN KESIHATAN KOMUNITI PERLU DIMANFAATKAN PENDUDUK SETEMPAT
AYER KEROH 13 April - Orang ramai disaran memanfaatkan peluang saringan kesihatan yang dianjurkan melalui pelbagai program komuniti di kejiranan...
DUA TAMAN PERUMAHAN DI GADEK KINI BEBAS MASALAH AIR
GADEK 13 April – Masalah gangguan bekalan air yang sebelum ini membelenggu penduduk di 800 penduduk dua taman perumahan di...
KAK SOM TURUN PADANG, ZIARAH 60 RUMAH SEPANJANG WRUR DUN GADEK
GADEK 13 April – Menyantuni rakyat kurang berkemampuan, asnaf dan individu menghidap masalah kesihatan kronik kekal sebagai agenda utama sepanjang berlangsungnya...
LINNAS: MAIM BUKA PINTU ASNAF JANA PENDAPATAN SENDIRI
PENGKALAN BATU 13 April - Program Latihan Insan Asnaf (LINNAS) yang disediakan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menjadi antara inisiatif...
SIMPOSIUM JULUNG KALI PHMK PERKENAL ‘ADVANCED TRAUMA TEAM’
AYER KEROH 13 April - Hospital Pantai Melaka (PHMK) terus memperkukuh perkhidmatan rawatan kecemasan di negeri ini menerusi penganjuran julung...

