(EKSKLUSIF) Bekalan oksigen di Hospital Melaka tak cukup?

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

AYER KEROH 25 Julai – Bekalan atau tekanan oksigen untuk kegunaan pesakit di wad kecemasan termasuk unit rawatan rapi (ICU) Hospital Melaka didakwa berada di bawah paras kritikal ketika ini.

Menurut sumber, kekurangan tekanan ‘wall oxygen’ di hospital berkenaan baharu berlaku sejak sejak minggu lalu disebabkan kemasukan terlalu banyak pesakit melebih had biasa.

“Tekanan oksigen terlalu rendah iaitu pada tahap 2.0 bar yang mana ia sebenarnya adalah di bawah paras kritikal kerana terlalu banyak pesakit bergantung kepada bantuan oksigen.

“Saya difahamkan pihak jurutera sedang betulkan sistem ini yang berlaku sejak minggu lalu.

“Di Selangor, ada hospital yang bacaannya 4.0 bar, itu pun sudah kritikal apatah lagi jika 2.0 bar. Tolonglah segera tambah bekalan oksigen di sini,” katanya dalam aduan kepada Melaka Hari Ini (MHI) di sini hari ini.

Bagi membantu kerajaan, beliau turut menasihati orang ramai supaya mengetatkan amalan prosedur operasi standard (SOP) termasuk segera mendaftar sebagai penerima  vaksin.

“Dalam keadaan sekarang ini, janganlah menambah lagi risiko jangkitan COVID-19 kerana kapasiti rawatan di hospital amat-amat melebihi keupayaan.

“Jika sudah dapat vaksin pun, elakkanlah berada diluar untuk mengurangkan risiko jangkitan sekaligus membantu kerajaaan dan petugas barisan hadapan,” katanya.

Sementara itu, Exco Kesihatan, Datuk Rahmad Mariman ketika dihubungi MHI tidak menjawab dakwaan tersebut namun memaklumkan sistem akan dinaiktaraf bermula esok.

“Esok bermula ‘upgrading’ (naiktaraf). InsyaAllah selesai,” katanya enggan mengulas lanjut.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

977
Kongsi :
Previous post MITI cadang buka 3 PPV PIKAS di Melaka
Next post Harga telur ayam di Melaka naik mendadak
Ubah saiz-+=