
Emas ke-18 Melaka dari gelanggang badminton
AYER KEROH 24 Ogos – Hari terakhir temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak menyaksikan Melaka terus menambah koleksi pingat emas.
Terbaharu menerusi acara badminton beregu campuran yang menyaksikan atlet Melaka Aaron Tai Wei Qin dan Noraqilah Maisarah Ramdan dinobat sebagai pemenang pingat emas.
Pada aksi final di Stadium Tertutup Sibu sebentar tadi, Aaron-Noraqilah menang ‘straight set’ 21-17, 21-16 ke atas beregu Pulau Pinang, sekali gus menambah pingat emas ke-18 buat Negeri Melaka.
Terdahulu, atlet e-Sukan, Muhammad Aman Sofee Mohd Zahari menceriakan kem SUKMA Melaka apabila meraih emas dalam acara e-Sukan individu Tekken-8.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA KOMITED ANJUR KONVENSYEN PELANCONGAN SETIAP TAHUN
AYER KEROH 13 Disember - Kerajaan Negeri komited meneruskan konvensyen dan sesi libat urus bagi memperkasa sektor pelancongan negeri. Exco...
KHATAM AL-QURAN PERTAMA DARI ATAS MENARA TAMING SARI
Oleh: Fitri Shareena Abdul Rahim BANDA HILIR 13 Disember — Bumi Melaka mencipta sejarah tersendiri apabila buat julung kalinya menyaksikan...
PELAJAR KERAP PONTENG SEKOLAH AKAN DITARIK KEISTIMEWAAN
AYER KEROH 13 Disember – Murid dan pelajar yang kerap ponteng sekolah berdepan risiko hilang keistimewaan serta kelayakan menerima bantuan...
JUALAN MURAH SETIAP BULAN DI DUN PAYA RUMPUT
PAYA RUMPUT 13 Disember - Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput bakal menjadi yang pertama di negeri mengadakan program jualan...
USAHA TRANSFORMASI PENDIDIKAN MELAKA SUATU PELABURAN MENGUNTUNGKAN
AYER KEROH 13 Disember - Langkah awal Melaka melakukan transformasi pendidikan dengan menganjurkan Konvensyen Khas Pendidikan Negeri Melaka berpotensi menjadi...
162 INISIATIF JADI ASAS MELAKA BINA GENERASI BERAKHLAK DI SEKOLAH
AYER KEROH 13 Disember - Sebanyak 162 inisiatif telah digariskan pada Konvensyen Khas Pendidikan Negeri Melaka menerusi sesi bengkel melibatkan...
