
Empat individu direman bantu siasatan kes culik kanak-kanak di Iskandar Puteri
JOHOR BAHRU 23 Julai – Dua lelaki dan dua wanita direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes culik seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di sebuah pusat beli-belah di Iskandar Puteri, Sabtu lepas.
Perintah reman dikeluarkanĀ Majistret Suhaili Sapun selepas membenarkanĀ permohonan dikemukakan polis untuk menjalankan siasatan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan.
Kedua-dua lelaki ituĀ tiba di pekarangan Mahkamah Majistret di siniĀ kira-kira 8.45 pagi dengan berpakaian lokap berwarna ungu dan jingga manakala dua wanita berpakaian lokap berwarna jingga dengan tangan bergari pula tiba 10 minit kemudian diiringi polis.
Semalam, Ketua Polis Johor CP M Kumar dilaporkan berkata tiga individu terdiri daripadaĀ dua lelaki dan seorang wanita tempatan berusia antara 28 hingga 55 tahunĀ ditahanĀ di sekitar Iskandar Puteri bagi membantu siasatan kes kehilangan kanak-kanak terbabit.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M Kumarasan sebelum ini dilapor meminta bantuan orang ramai untuk mengesan kanak-kanak itu yang disedari hilang oleh bapanya di pusat beli-belah berkenaan kira-kira 8.30 malam. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA PERKASA MISI ‘SATU KELUARGA SEBUAH RUMAH’
AYER KEROH 22 Jun - Sejak ditubuhkan lebih dua dekad lalu, Lembaga Perumahan Melaka (LPM) bukan sekadar merancang dan menyelaras...
JELAJAH KETUA MENTERI BERMULA JULAI INI
AYER KEROH 22 Jun - Jelajah Ketua Menteri menjadi satu lagi inisiatif dalam usaha berterusan Kerajaan Negeri menyantuni dan menjaga...
MBMB NAIK TARAF SUNGAI PUNGGUR JADI DESTINASI RIADAH BAHARU
TELOK MAS 22 Jun - Kawasan Sungai Punggur yang terletak berhadapan Medan Ikan Bakar Dā Muara Punggur, Alai akan dinaik...
TAMAN ANJUNG GAPAM KAWASAN PERUMAHAN SELESA, HARMONI – PENDUDUK
BEMBAN 22 Jun - Kawasan kediaman sempurna bukan sekadar dinilai kepada keharmonian penduduk semata-mata, sebaliknya turut menjurus kepada keperluan komuniti...
LEBIH 80 PROGRAM UNTUK ORANG RIM SEMPENA WRUR
RIM 22 Jun - Lebih 80 program melibatkan pelbagai lapisan masyarakat dilaksanakan sepanjang seminggu berlangsungnya program Wakil Rakyat Untuk Rakyat...
RM1 JUTA LONJAK IMEJ MORTEN WALK
KOTA LAKSAMANA 21 Jun - Morten Walk di Kampung Morten, di sini, bakal berubah wajah menjadi sebuah pusat perniagaan lebih...
