Sorting by

×

RM1 JUTA LONJAK IMEJ MORTEN WALK

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

KOTA LAKSAMANA 21 Jun – Morten Walk di Kampung Morten, di sini, bakal berubah wajah menjadi sebuah pusat perniagaan lebih moden dan segar menerusi beberapa penambahbaikan yang bakal dilakukan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim Chee Keong berkata, usaha itu dilakukan bagi menaikkan kembali kawasan itu yang sebelum berdepan masalah dalam menarik kehadiran pengunjung.

Jelas beliau, UDA Holdings Bhd telah bersetuju melabur RM1 juta bagi menaik taraf kawasan Morten Walk dengan beberapa tarikan baharu bagi merancakkan kembali perniagaan di kawasan tersebut.

“Selepas perbincangan dan tinjauan dilakukan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), kita sudah jumpa jalan penyelesaian untuk merancakkan kembali kawasan ini dan menjadikannya sebagai lokasi yang lebih selesa untuk rakyat Melaka dan pelancong.

“Kita akan lakukan projek 3R iaitu Retail, Recreation dan Relax di mana UDA Holdings telah bersetuju melabur untuk menaik taraf beberapa fasiliti yang merangkumi sukan, riadah dan perniagaan bagi membantu peniaga di kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (HPM) 2026 Edisi Melaka di Morten Walk, di sini, hari ini.

Hadir sama, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin yang mewakili Ketua Menteri Melaka; Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Mohamad Alamin; Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Allex Seah Shoo Chin bersama Timbalannya Datuk Tuminah Kadi @ Mohd Hashim; Ketua Setiausaha KUSKOP Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud serta lain-lain kenamaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

452
Kongsi :
Previous post ‘JIKA MELAKA ADALAH POHON, JASIN ADALAH AKARNYA..’