
Empat remaja lari asrama ditemukan selamat
KUANTAN, 21 Jun – Empat remaja lelaki yang didakwa melarikan diri dari sebuah asrama pusat jagaan anak yatim dan miskin di Kempadang di sini tengah malam Ahad, ditemukan selamat di rumah bapa saudara salah seorang remaja tersebut.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata mereka yang berusia antara 13 dan 15 tahun itu, ditemukan anggota polis yang membuat pencarian di rumah seorang kelindan lori pada pukul 10 malam tadi.
“Lelaki berusia 35 tahun itu mengatakan semua remaja itu berada di rumahnya dalam keadaan selamat. Rumah bapa saudara itu terletak kira-kira satu kilometer dari asrama pusat jagaan itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Empat remaja itu termasuk tiga beradik itu difahamkan melarikan diri pada 12.30 tengah malam Ahad, menggunakan pintu belakang asrama, dipercayai kerana tidak berpuas hati selepas dilarang menggunakan telefon bimbit.
Kehilangan remaja yang mula mendiami pusat jagaan itu sejak dua dan setahun lepas, disedari oleh penyelia asrama yang membuat laporan polis petang semalam, selepas usaha mencari mereka gagal.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TERIMA KASIH KONGSI REZEKI BERI RAKYAT RASA ‘DURIAN MAHAL’
ASAHAN 5 Julai - Peluang menikmati durian premium seperti Black Thorn dan Musang King pada harga hanya RM10 seorang sempena...
JALAN LADANG 5KM BERI MANFAAT BESAR BUAT 200 PEKEBUN KECIL
SUNGAI RAMBAI 5 Julai - Usaha Kerajaan Negeri membela kebajikan dan keperluan komuniti peladang serta pekebun kecil di Sungai Rambai...
123 PROGRAM ‘HIDUPKAN’ WRUR SUNGAI RAMBAI
SUNGAI RAMBAI 5 Julai - Sebanyak 123 program dan acara yang disusun sepanjang Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
4,000 NIKMATI BUFET DURIAN PREMIUM, ‘KENDURIAN’ MELAKA BAKAL JADI ACARA TAHUNAN
ASAHAN 5 Julai - Festival Durian Melaka 'Kendurian' bakal dijadikan acara tahunan selepas sambutan luar biasa diterima apabila hampir 4,000...
RUMAH NGAJI, KOMUNITI NELAYAN TERIMA LIMPAHAN NIKMAT JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT
SUNGAI RAMBAI 5 Julai - Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat edisi sulung yang diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai...
WRUR BUKAN NOKTAH KHIDMAT KERAJAAN KEPADA RAKYAT
SUNGAI RAMBAI 5 Julai - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) bukan penamat kepada usaha Kerajaan Negeri menyantuni rakyat, sebaliknya...
