
Enakmen Zakat dan Fitrah Melaka bakal diperkenalkan
AYER KEROH 29 Julai – Zakat Melaka bakal memperkenalkan Enakmen Zakat dan Fitrah Negeri Melaka dalam usaha menggalakkan lebih ramai umat Islam menunaikan kewajipan membayar zakat.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Ibrahim Fadzil berkata, perkara itu berkemungkinan diusulkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada November depan.
“Selama ini, orang ramai hanya membayar zakat di atas budi bicara dan kehendak sendiri. Jadi, dengan adanya enakmen ini, mereka perlu membayar zakat sama seperti mereka membayar cukai pendapatan. Kalau tak bayar, akan kena denda dan sebagainya.
“Jadi perkara ini (enakmen) masih dalam proses di peringkat Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bersama Pejabat Undang-undang Negeri, yang mana ia mungkin diusulkan dalam Sidang DUN akan datang iaitu dalam bulan November, jika sempat.
“Ini adalah antara inisiatif yang diambil oleh Zakat Melaka untuk memastikan kutipan zakat dipertingkatkan,” katanya.
Selain enakmen itu, katanya, Zakat Melaka juga sedang giat mengadakan ceramah dan taklimat di jabatan-jabatan kerajaan serta swasta untuk memberi kesedaran terhadap kewajipan menunaikan zakat dalam kalangan rakyat Negeri Melaka.
Views:
Related


Berita Lain
1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG: SEMAI PERASAAN BANGGA, CINTAKAN NEGARA
AYER KEROH 13 Ogos - Sebanyak 84 Komuniti MADANI seluruh Melaka akan digerakkan bagi menjayakan kempen '1 Rumah 1 Jalur...
BANTUAN TEPAT IKUT KEPERLUAN, JADI PENGUAT SEMANGAT PENJAJA KECIL
BEMBAN 13 Ogos - Peniaga kecil, usahawan dan penjaja menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan peralatan perniagaan sempena Program...
111 PENJAJA, USAHAWAN KECIL DUN BEMBAN TERIMA BANTUAN RM50,000
BEMBAN 13 Ogos - Seramai 111 penjaja dan usahawan kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima bantuan peralatan...
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...
