
Enam negeri selesai pembayaran bantuan wang ihsan – NADMA
KUALA LUMPUR, 14 Jan – Enam negeri iaitu Perak, Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan dan Kelantan selesai 100 peratus pembayaran Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang terkesan akibat banjir, setakat pagi ini.
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan negeri-negeri lain termasuk Pahang dan Selangor untuk tempoh sama, masing-masing mencatatkan peratusan agihan BWI sebanyak 96.4 dan 97 peratus daripada jumlah KIR yang terkesan.
Sehingga 12 tengah hari tadi, dua negeri dilaporkan masih terjejas dengan bencana banjir melibatkan tiga daerah di Johor dan satu daerah di Sarawak.
Menurut agensi itu, seramai 339 mangsa daripada 91 KIR direkodkan masih berlindung di lapan pusat pemindahan sementara (PPS). – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LEBIH 3,000 MERIAHKAN ‘KENDURIAN’ PARLIMEN MASJID TANAH
TANJUNG BIDARA 6 Julai - Kenduri durian atau 'kendurian' berlangsung di lima Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Masjid Tanah,...
MELAKA RANCANG LALUAN BAHARU, TINGKAT KECEKAPAN JARINGAN LOGISTIK
TABOH NANING 6 Julai - Kerajaan Negeri merancang membina jaringan jalan baharu yang menghubungkan Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi (KLIP) ke...
WRUR SUNGAI RAMBAI: RM300,000 NAIK TARAF JETI NELAYAN DARAT
SUNGAI RAMBAI 6 Julai - Komuniti nelayan di Sungai Rambai bakal menikmati kemudahan infrastruktur lebih selesa apabila sebuah jeti nelayan...
KEBERSIHAN PASAR AWAM MELAKA MEMUASKAN
BANDA HILIR 6 Jun - Kempen Membasmi Infestasi Tikus 2026 antara usaha berterusan dilaksanakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri...
MIP JADIKAN MELAKA SEBAGAI HAB LOGISTIK STRATEGIK KORIDOR SELATAN
GADEK 6 Julai - Pembangunan Melaka Inland Port atau Pelabuhan Darat Melaka (MIP) dijangka mengubah landskap dan meletakkan Melaka sebagai...
‘DEMI TELOK MAS’ PEGANGAN BERKHIDMAT SEPENUH HATI
TELOK MAS 6 Julai – 'Demi Telok Mas' bukan sekadar slogan, sebaliknya menjadi pegangan dan prinsip yang mendasari setiap usaha...
